#Parlimen : RM1.47 Bilion Peruntukan Pembangunan Luar Bandar Sabah - Timb Menteri

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM1.47 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembangunan di luar bandar di Sabah.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, jumlah tersebut adalah 25.92% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan yang diluluskan kementeriannya iaitu RM5.67 bilion.

“Khusus di kawasan Keningau, kementerian telah siap melaksanakan sejumlah 244 projek pembangunan luar bandar melibatkan kos perbelanjaan projek berjumlah RM62.57 juta pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (BN-Keningau) di Dewan Rakyat, hari ini.