14
Jum, Dis

#Parlimen : Kerajaan Belum Cadang Wujud Mahkamah Khas Bagi Akta Antiberita Tidak Benar - Azalina

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum bercadang untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, kes-kes di bawah akta berkenaan setakat ini diputuskan diperuntukkan di bawah mahkamah sesyen untuk dibicarakan.

"Walaubagaimanapun samada mahkamah akan mewujudkan mahkamah khas tertakhluk kepada senarai kebanyakkan kes yang akan dipantau pihak bahagian undang-undang bahagian Jabatan Perdana Menteri terhadap kes-kes sedemikian," katanya. pada sesi pertanyaan menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), hari ini.

Rang Undang-undang akta berkenaan yang bertujuan antara lain bagi menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden diluluskan Dewan Negara Selasa lepas.