21
Sel, Nov

KOTA KINABALU – Sebanyak RM71.9 juta bagi belanja pengurusan dan RM219.1 juta bagi perbelanjaan pembangunan diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom)  sejak penubuhannya pada 1 April 2013 kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman. 

Menjawab soalan Datuk Abd Muis Picho (BN-Sebatik), Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong) dan Datuk Limus Jury (BN-Kuala Penyu), Musa berkata pada tahun 2015 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM17 juta dan RM61 juta masing-masing untuk pengurusan dan pembangunan kepada ESSCom.

 

Musa juga berkata pada awal penubuhan ESSCom, agensi itu mendapat RM3.5 juta untuk tujuan pengurusan dan RM2.4 juta melalui peruntukan darurat manakala masing-masing RM7.5 juta untuk pengurusan dan pembangunan pada tahun 2014.

“Pada tahun 2016 pula, peruntukan pengurusan dan pembangunan yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada ESSCom ialah masing-masing RM21.4 juta dan RM104.2 juta manakala pada tahun ini (2017) pula  ialah masing-masing RM22.5 juta (pengurusan) dan RM44 juta (pembangunan),” jelasnya ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-14 di sini pagi tadi.

Sementara

Baca Selanjutnya...

SEMPORNA - Malaysia dan Amerika Syarikat terus memperkukuhkan kerjasama keselamatan menerusi Eksesais Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan United States Special Operation Forces (USSOF) Green Beret di Semporna.

Latihan ketenteraan dua hala yang bermula 6 Nov lepas dan berakhir semalam itu melibatkan lebih 20 anggota Unit 2 Paskal KD Sri Semporna dan 12 komando Green Beret yang memfokuskan eksesais keselamatan maritim termasuk berhadapan ancaman pengganas.

Pegawai

Baca Selanjutnya...

LABUAN - Perairan Labuan akan dilindungi daripada sebarang pencerobohan oleh kapal nelayan asing demi kepentingan nelayan tempatan dan kedaulatan negara.

Bagaimanapun, penguatkuasaan yang ketat daripada kalangan pegawai penguat kuasa berintegriti tinggi diperlukan untuk membendung isu itu secara berkesan, kata Senator Datuk Bashir Alias.

Beliau berkata kerjasama erat daripada orang ramai khususnya nelayan adalah penting kerana mereka boleh menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa

Baca Selanjutnya...

PUTATAN - Gabungan mantap peruntukan kerajaan pusat dan kerajaan negeri menerusi Bajet 2018 Dewan Undangan Negeri Sabah yang dibentangkan semalam, akan membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran kepada Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menyifatkan bajet negeri ini sebagai paling inklusif, mengambil kira setiap lapisan rakyat dan segmen masyarakat.

"Sebut sahaja daripada golongan mana, pasti mendapat manfaatnya.

"Alhamdulillah, dengan peruntukan RM4.1 bilion dalam bajet negeri akan

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memainkan peranan dengan mewujudkan pelbagai bentuk kemudahan untuk memastikan ekonomi di Sabah terus kukuh.

Beliau berkata MARA telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan seperti latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan serta premis perniagaan untuk membangunkan usahawan yang berpotensi di negeri ini.

"MARA telah membangunkan lebih daripada 18,000 usahawan di Sabah dengan jumlah peruntukan

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah memuji Bajet Sabah 2018 kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan kesejahteraan wanita di negeri ini.

 

 

Presidennya Datuk Aminah Ambrose berkata bajet tahun depan itu akan disalurkan bagi memperkasakan wanita menerusi pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan melalui  Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan geran RM2.2 bilion untuk pembinaan 57 projek meningkatkan kualiti perkhidmatan elektrik di Sabah.

 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata projek itu membabitkan penjanaan, penghantaran, pembahagian, post blackout dan kajian hidro elektrik.

Beliau berkata projek itu akan dijalankan dalam tempoh lima tahun sehingga 2020.

"Geran itu termasuk untuk pembangunan Loji Janakuasa Gas 300megawatt (MW) di Sandakan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..