22
Ahd, Jul

BEAUFORT - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Matbali Musah bertekad untuk membawa banyak pembaharuan di kawasan itu khususnya pembangunan belia yang bakal menjadi pemimpin pelapis negara.

Matbali, 48, berkata sebagai calon muda beliau akan sentiasa mendengar denyut nadi golongan muda di Lumadan.

"Gandingan saya dengan calon BN Parlimen Sipitang (Yamani Hafez Musa) yang juga orang muda, lebih memudahkan suara anak muda didengar di peringkat atasan.

"Malah pemilihan sebagai calon di kawasan ini diiringi dengan tanggungjawab yang perlu digalas untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

Oleh itu, berbekalkan dengan pengalaman yang ada, beliau yakin penduduk di Lumadan akan terus memberi kepercayaan kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menerajui kawasan itu.

Katanya, beliau yakin penduduk Lumadan sudah matang untuk memilih dan tidak terpengaruh dengan pelbagai isu remeh ditimbulkan pihak pembangkang.

"Misalnya nama ayah saya turut dijadikan isu apabila huruf 'h' di hujung nama itu sengaja dibuang dan dianggap sebagai anak ketua menteri Sabah," katanya.

Dilahirkan di Kampung Kabajang yang terletak

Baca Selanjutnya: PRU14: Calon BN DUN Lumadan Tekad Bawa Pembaharuan

TENOM - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong Jamawi Jaafar akan memberi fokus ke arah memperkasa pembangunan sektor pertanian kawasan itu jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Jamawi, 44, yang berpengalaman sebagai pegawai pertanian selain memiliki kelulusan dalam bidang sains pertanian daripada Universiti Pertanian Malaysia berharap dapat memantapkan lagi sektor pertanian Kemabong yang menjadi sumber pendapatan

Baca Selanjutnya: PRU 14: Jamawi Akan Perkasa Sektor Pertanian Kemabong

BEAUFORT - 'Kapal layar' tidak mampu membawa rakyat Sabah membelah samudera luas kerana ia bersaiz kecil serta tidak stabil, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, rakyat Sabah perlu memilih kapal lebih besar dan moden yang mampu merentasi lautan luas dan bergelora agar tidak hanyut atau terumbang-ambing sepanjang pelayaran.

 

Menggunakan analogi kapal layar merujuk kepada logo Parti Warisan Sabah (WARISAN) manakala kapal besar dan moden sebagai Barisan

Baca Selanjutnya: 'Sabah Perlukan Kapal Besar, Bukan Kapal Layar'

NABAWAN - Seramai 617 ketua keluarga dari 16 buah kampung di daerah ini mendapat tanah melalui penganugerahan Geran Komunal yang membabitkan keluasan 9,700 ekar.

Geran Komunal ini terdiri dari dua kelompok iaitu Tagol 1 melibatkan enam buah kampung membabitkan 140 ketua keluarga dengan keluasan 700 ekar dan Tatalaan 2 melibatkan sepuluh buah kampung (477 ketua keluarga) dengan keluasan 9,000 ekar.

Penyampaian Geran Komunal tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman

Baca Selanjutnya: 617 Lagi Ketua Keluarga Terima Geran Komunal

SANDAKAN – Polis menerima 1,069 laporan membabitkan 17 tangkapan di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 28 April hingga Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata daripada jumlah itu, 131 laporan diterima di negeri ini dengan satu tangkapan di Bongawan membabitkan penyamaran sebagai penjawat awam.

Katanya tiada kejadian serius berlaku dan keadaan keselamatan sepanjang kempen PRU14 ini adalah terkawal.

“Kita akan pantau secara

Baca Selanjutnya: PRU14: Polis Terima 1,069 Laporan, 17 Tangkapan

LABUAN - Syarikat Penerbangan Malindo Air bersetuju telah untuk membuat penerbangan terus dari Kuala Lumpur – Labuan – Kuala Lumpur bermula pada 1 Julai 2018 sebanyak 7 (tujuh) kali seminggu.

Demikian diberitahu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan pada sidang media bersama pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Inisiatif Mensejahteraan Rakyat Labuan di Wisma Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Katanya persetujuan itu selepas mendapat kelulusan

Baca Selanjutnya: Malindo Air Buat Penerbangan Terus Labuan-KL Mulai 1 Julai

KOTA MARUDU - Datuk Seri Najib Razak berkata, 'mood' dan suasana di Sabah dua hari menjelang pengundian Rabu ini, amat memberangsangkan dan positif untuk Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi gambaran mendapat mandat baharu daripada rakyat.

Perdana Menteri berkata, petunjuk itu dilihat berdasarkan semangat tinggi jentera BN dan kerjasama erat dalam kalangan semua parti komponen sehingga membolehkan gabungan itu mencapai kejayaan yang cemerlang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, tiada

Baca Selanjutnya: Suasana Di Sabah Positif - Najib

Lebih banyak artikel..