19
Isn, Feb

LABUAN - Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan akan menghidupkan semula Taman Pertanian Kilan sebagai pusat pengeluaran sayur-sayuran bagi mengatasi kebargantungan bekalan sayuran dari negeri jiran.

 

Pengarah Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Jurijh Abdullah Fauzi berkata, ketika ini jabatannya telah merangka kerja penanaman pokok buah-buahan seperti durian premium dan melantik dua pengusaha tanaman sayur-sayuran di taman berkenaan.

“Jabatan Pertanian Labuan sedang merangka satu gerak kerja melibatkan penanaman pokok buah-buahan terutamanya durian premium,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari Bersama Pelangan dan Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan di Taman Pertanian Kilan, dekat sini, baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, Setiausaha Majlis Perwakilan Penduduk Zon Negeri, Haji Chemat Haji Mustapha, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan.

Mohd Jurijh yakin projek yang sedang dirancang itu mampu menjadi salah satu lagi produk tarikan pelancong ke Labuan dan seterusnya menaikkan

Baca Selanjutnya...

KOTA BELUD - Pusat Latihan Teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) pertama di Sabah kini ditubuhkan khusus bagi tujuan latihan teknikal pencantuman kabel.

 

Pusat latihan itu mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga bagi mengendalikan latihan kepada para pelatih dalam kategori pencantum kabel elektrik sehingga voltan 33kv.

Pengarah Urusan SESB, Ir. Abd Razak Sallim berkata SESB melihat penubuhan pusat latihan itu sebagai satu keperluan yang perlu diambil perhatian bagi

Baca Selanjutnya...

LAHAD DATU – Anak jati Lahad Datu, SAC Mazli Mazlan, 44, dilantik sebagai Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang baharu berkuatkuasa pada selasa lepas.

 

Pelantikan Mazli ke jawatan itu adalah bagi menggantikan SAC Dato’ Zulkifli Hj. Salleh, 59, yang akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima bayaran kompaun RM300,000 daripada warga bandar raya ini setakat semalam, sempena program pengampunan kompaun letak kereta.

 

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, berkata kompaun itu dijelaskan melalui tiga kaedah, iaitu bayaran terus di kaunter DBKK, secara dalam talian dan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum melunaskannya.

Boon Hai berkata, walaupun terpaksa beratur panjang, orang ramai menyambut baik

Baca Selanjutnya...

Kota Kinabalu - Agihan kerusi parti pembangkang masih belum capai kesepakatan sebagaimana yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang yakin agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan dan Warisan akan selesai sehingga penghujung bulan Januari 2018.

Kenyataan Shafie cukup jelas ketika mengunjungi daerah Tuaran baru-baru ini, meminta Pakatan Harapan beri ruang dan peluang kepada Warisan untuk tawan negeri Sabah.

DAP Sabah pula disaran hanya tumpu kepada kerusi

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Pusat Kraftangan Sabah (PKS) bakal mewujudkan satu lagi premis pemasaran di bangunan Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

 

Menurut Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad?,? premis? tersebut? ?akan dibuka kepada umum tidak lama lagi pada tahun ini.

“Dengan pembukaan premis baharu ini, dijangka seramai 100 orang usahawan kraf yang terpilih di Sabah akan mendapat manfaat.

“Hal ini kerana, premis berkenaan adalah medium untuk membantu usahawan luar bandar yang mempunyai

Baca Selanjutnya...

TAWAU - Suruhanjaya Tenaga (ST) Pantai Timur Sabah memperuntukkan RM10,000 bagi membaik pulih sistem pendawaian elektrik di tiga sekolah tahfiz di pantai timur Sabah menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) suruhanjaya berkenaan.

Pengarah Kawasan ST Pantai Timur Sabah Mohd Yusrul Yusof berkata kerja membaik pulih telah dilaksanakan bermula 7 Okt hingga 23 Dis tahun lepas melibatkan Sekolah Agama Rakyat Pondok Nurul Ihsan dan Maahad Tahfiz al-Quran Wal Sunnah Taman Merpati di

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..