24
Sel, Apr

KOTA KINABALU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi penuh komitmen dalam membangunkan agenda pendidikan kepada anak bangsa di seluruh negara termasuk di luar bandar.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, oleh sebab itu program Jelajah Pendidikan Bumiputera dilaksanakan bagi memberi peluang kepada anak-anak meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Program ini adalah aspirasi dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu memberi peluang kedua atau ketiga kepada anak-anak di luar bandar untuk meneruskan pengajian mereka ke universiti dan kolej serta institut kemahiran.

"Program ini untuk mencari dan membantu Bumiputera yang tercicir tetapi berkelayakan melanjutkan pengajian di 37 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terpilih, selain kumpulan yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

"Sehubungan itu, program ini membawa 'universiti' menjelajah di kawasan Parlimen untuk mencari pelajar yang layak menyambung pelajaran. Jika dahulu pelajar mencari universiti, kini universiti yang datang kepada pelajar," katanya

Baca Selanjutnya...

PENAMPANG - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dijadual merasmikan majlis pecah tanah projek naik taraf Tamu Donggongon bernilai RM8.5 juta pada Rabu ini.

Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun berkata kerja menaik taraf  tamu berkenaan perlu dilakukan seiring dengan pembangunan pekan Donggongon serta keperluan penduduk Penampang sendiri.

Tamu Donggongon yang terletak di daerah Penampang merupakan antara tamu yang tertua dan terbesar di Sabah.

Peruntukan menaik taraf tamu bernilai RM8.5

Baca Selanjutnya...

SEMPORNA - Kerajaan negeri akan terus menyokong inisiatif semua pihak yang mahu memartabatkan kebudayaan serta tradisi suku kaum dan etnik di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata atas dasar itu peruntukan Festival Regatta Semporna kali ini ditingkatkan kepada RM250,000 daripada RM150,000 pada tahun lalu.

"Penglibatan sektor swasta juga sudah pasti akan memberi impak positif kepada usaha mengangkat kepelbagaian budaya masyarakat di negeri ini," katanya dalam teks

Baca Selanjutnya...

SANDAKAN - Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan pembinaan jeti pendaratan di kawasan di Libaran, Jun ini.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menjelaskan komitmen itu adalah bagi menghargai sumbangan serta menjaga kebajikan golongan nelayan.

“Nelayan amat bertuah kerana dibantu oleh dua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan iaitu Ko-Nelayan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Malah, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan pelbagai

Baca Selanjutnya...

SANDAKAN – Amalan mengkhianati rakan tidak seharusnya diamalkan dalam politik.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau diajar sejak hari pertama menyertai politik supaya tidak mensabotaj rakan.

"Bapa Kemerdekaan Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun juga menunjuk ajar pada saya supaya tidak mengkhianati rakan, parti, rakyat dan negara. Paling penting, Islam juga mengajar kita supaya ikhlas dalam perjuangan dan adil untuk sebarang tindakan kepada semua bangsa," katanya.

Baca Selanjutnya...

Semporna - 25 tahun (Jubli Perak) rakyat semporna pamerkan kesetiaan terus kepada kepimpinan Barisan Nasional hingga ke hari ini dengan memeriahkan majlis Sangom Maglami- Lamo Regeta Lepa.

Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna menyampaikan rasa syukur dan gembira dengan melihat kemeriahan majlis ini bersama-sama rakyat Semporna.

“Terima kasih kepada seluruh masyarakat semporna kerana kita bersama-sama menjayakan program ini yang sudah berusia 25 tahun.

“Ini

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - DAP adalah parti yang menentang kebenaran dan hanya mahu berpolitik serta dipilih sebagai kerajaan, kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin DAP tidak boleh menerima kenyataan jika ada dalam kalangan pemimpin mereka yang menyatakan kebenaran.

Disebabkan itu, katanya, DAP sanggup korbankan prinsip mereka walaupun sebelum ini mengkritik kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selama 22 tahun, Dr

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..