24
Ahd, Jun

SANDAKAN - Sebanyak 269,731 ekor penyu mendarat dan bertelur direkodkan di Taman Pulau-Pulau Penyu (TPPP) dari 1979 hingga 2015.

Taman Pulau-Pulau Penyu meliputi tiga pulau iaitu Selingan, Gulisaan dan Bakkungaan Kecil berkeluasan 1,740 hektar iaitu 18.2 hektar daratan dan 1,721.8 hektar lautan.

Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais berkata jumlah telur penyu yang dikutip dalam tempoh yang sama ialah 22 juta manakala jumlah penetasan anak penyu ialah 16 juta ekor.

Katanya tiga pusat penetasan penyu diwujudkan di tiga pulau itu yang menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur membabitkan spesis penyu hijau, penyu sisik dan penyu lipas.

Tapak penetasan penyu pertama dibina di pulau Selingan pada 1966 diikuti di Gulisaan dan Bakkungaan Kecil pada 1968, katanya ketika menyampaikan taklimat semasa lawatan kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Pulau Selingan, Ahad.

Jamili berkata tiga pulau itu diwarta sebagai TPPP pada 1977 dan merupakan antara enam taman marin yang terdapat di negeri ini.

Beliau berkata TPPP termasuk dalam Kawasan Perlindungan Warisan Pulau Penyu di perairan Malaysia dan Filipina yang merangkumi sembilan pulau.

Baca Selanjutnya: Taman Pulau Penyu Rekodkan 269,731 Ekor Penyu Mendarat, Bertelur Dalam 36 Tahun

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan sentiasa bekerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan dan mutu pendidikan di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kerjasama itu termasuk membina sekolah-sekolah baharu dan menambah baik serta meningkatkan lagi prasarana pendidikan di Sabah.

"Ini (kerjasama) amat penting kerana kecemerlangan pendidikan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat pada keseluruhannya.

"Justeru

Baca Selanjutnya: Kerajaan Negeri, Kementerian Pendidikan Bekerjasama Tingkatkan Pendidikan Di Sabah

LABUAN - Bangunan lama Hotel Labuan setinggi 11 tingkat yang menjadi mercu tanda Labuan di era tahun 1980-an, terbakar sekitar jam 5 petang Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Bomba Wilayah Persekutuan Labuan, Zainal Madasin, kejadian berlaku di tingkat dua bangunan tersebut.

Beliau berkata, pihak bomba dan penyelamat seramai 43 anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera dari balai bomba Jawa, balai bomba Labuan dan balai bomba Layang-Layangan dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Kebakaran yang

Baca Selanjutnya: Bangunan lama dan terbiar Hotel Labuan terbakar

KOTA KINABALU - Persatuan Talasemia Sabah bersama agensi berkaitan kini berusha mendapatkan kelulusan kerajaan negeri untuk memasukkan data pembawa gen talasemia dalam cip kad pengenalan (MyKad). Usaha murni ini dicadangkan untuk membantu orang ramai mengenal pasti pembawa gen tersebut.

Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim berkata, cadangan ini dikemukakan kepada kerajaan agar memberi kebenaran kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memasukkan data tersebut di dalam MyKad

Baca Selanjutnya: Data Pembawa Gen Talasemia Dalam Mykad

KOTA KINABALU - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan merobohkan rumah haram yang terletak di Kampung Muhibbah, Sembulan dan memberi notis sebulan untuk berpindah daripada kawasan tersebut.

Mayor Bandaraya Datuk Yeo Boon Hai berkata sebanyak 40 rumah setinggan berbentuk ‘kotak’ yang didiami di kampung berkenaan sehingga hari ini. Antara sebab perobohan dilaksanakan oleh kerana tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada DBKK dan mungkin meragukan orang awam.

“ Walaupun ia merupakan tapak

Baca Selanjutnya: 40 Rumah Setinggan Sembulan Akan Diroboh

SANDAKAN: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan Taman Pulau-Pulau Penyu di Sabah selamat dikunjung pelancong terutamanya di Selingan.

"Pasukan keselamatan sentiasa membuat kawalan 24 jam di sekitar pulau-pulau ini dan pengunjung sendiri boleh lihat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di Pulau Selingan komited melaksanakan tanggungjawab mereka mengawal keselamatan di sini," katanya semasa kepada media sejurus melakukan lawatan di Pulau

Baca Selanjutnya: Pulau Selingan Selamat Dikunjungi - Nazri Abdul Aziz

SANDAKAN -  Polis di sini menahan seorang lelaki berbangsa Bugis dipercayai sebagai ‘Bapa Ayam’ ekoran maklumat tentang kegiatan penawaran perkhidmatan seks di sebuah rumah tumpangan di bandar ini.

Menyatakan demikian pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACPZabidi Md. Zain, berkata lelaki berkenaan ditahan lebih kurang jam 10.30 malam Khamis lepas di hadapan pintu ke penginapan.

Pihak polis juga, ujarnya turut menahan seorang wanita berbangsa Jawa dipercayai menjaga premis di tingkat dua

Baca Selanjutnya: Polis Tahan Lelaki Dipercayai Bapa Ayam Berhubung Kegiatan Tawar Khidmat Seks

Lebih banyak artikel..