17
Isn, Dis

KOTA KINABALU - Pertandingan Rekacipta dan Inovasi ke-12 (Projex-12) yang diadakan di Politeknik Kota Kinabalu dapat memupuk budaya inovasi dalam masyarakat, kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat.

Beliau berkata satu daripada cabaran untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi ialah mewujudkan budaya progresif, kreatif dan inovatif untuk menyumbang ke arah pembangunan sumber manusia dalam bidang sains dan teknologi.

"Tenaga kerja sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi negara. Penganjuran acara seperti Projex-12 adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menarik minat terutama generasi muda tentang pentingnya inovasi dan kreativiti.

"Saya berharap pertandingan ini terus diadakan pada masa depan untuk melahirkan pelajar yang berinovasi dan berdaya saing tinggi bagi meningkatkan produktiviti negara," kata beliau pada majlis penutup Projex-12 hari ini.

Pertandingan pusingan akhir ialah sebahagian daripada projek tahun akhir yang dijalankan oleh 200 pelajar diploma dari jurusan sivil, elektrikal dan mekanikal serta jurusan pelancongan dan hospitaliti.

Sebanyak 50 projek

Baca Selanjutnya: Pertandingan Rekacipta, Inovasi Boleh Pupuk Budaya Inovasi

KOTA KINABALU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan di negeri ini sepanjang 2016, kata menterinya Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata peruntukan yang disalurkan melalui Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) itu bertujuan untuk pemberian geran bantuan kepada persatuan sukan, program kejurulatihan serta digunakan untuk bantuan khas iaitu termasuk pemberian skim insentif kepada atlet yang telah

Baca Selanjutnya: KBS Sabah Peruntuk RM5 Juta Untuk Program Pembangunan Sukan Sepanjang 2016

TUARAN - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan orang ramai yang mempunyai telefon pintar memuat turun aplikasi iDengue secara percuma untuk mengetahui sama ada kawasan masing-masing bebas denggi atau sebaliknya.

Menterinya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata aplikasi itu diwujudkan bersama-sama Kementerian Kesihatan untuk memantau dan memastikan keupayaan memerangi denggi bukan lagi tanggungjawab hanya satu agensi sahaja tetapi semua pihak termasuk orang

Baca Selanjutnya: Aplikasi Idengue Ketahui Kawasan Bebas Denggi Atau Tidak

SANDAKAN - 20 pelajar Politeknik Sandakan Sabah (PSS)  dan sembilan pensyarah terdiri daripada ahli Kelab Pelancongan (Tourismos) melaksanakan Program Khidmat Masyarakat di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manis, Sandakan dengan tema 'Pengekalan Bumi Hijau' baru-baru ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah merasmikan program ini yang turut dijayakan oleh JKKK Kampung Seri Manis. Program ini merupakan program kali kedua yang dilaksanakan sebelum

Baca Selanjutnya: Sembilan Pensyarah, 20 Pelajar Politeknik S'kan Laksana Program Khidmat Masyarakat

KOTA KINABALU - Gabungan Akar Umbi Umno Malaysia @ Gaum dan Pakatan Ngo Pro BN hari ini tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu Sabah susulan kenyataan kononnya YB Lim Guan Eng tidak tahu nilai sebenar harga rumah banglo yang dibeli.

Pengerusinya Zulkarnain Mahdar berkata, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang dua hari yang lepas dengan jelas menyatakan bahawa Guan Eng telah membayar cukai sebanyak RM122,100.00 yang melibatkan nilai rumah

Baca Selanjutnya: Lim Guan Eng Cuba Perbodohkan Rakyat Malaysia

KENINGAU - Seorang bekas anggota Polis Unit Anti Rusuhan (FRU) berpangkat Koperal dicekup polis kerana mencuri alat pemotong kayu dan tong gas di kilang gilingan padi di Kg. Ranggom Apin-Apin pada awal pagi 17 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, bertindak atas maklumat pada 19 Mac lebih kurang jam 10.15 pagi sepasukan polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai oleh Inspektor Zulhelmi Ramli telah membuat

Baca Selanjutnya: Bekas Polis Dicekup Kerana Mencuri

KOTA KINABALU - Keningau mencatat bacaan suhu tertinggi di Sabah iaitu 36.8 Celcius setakat 2 petang tadi berikutan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, lima lagi daerah di Sabah yang mencatat suhu melebihi 30 darjah Celcius ialah Ranau (34 darjah Celcius) dan Tawau (33.7 darjah Celcius).

Kota Kinabalu mencatat bacaan suhu keempat tertinggi iaitu 32.8 darjah Celcius, diikuti Sandakan (31.7 darjah Celcius) dan Kudat (31.0 darjah

Baca Selanjutnya: Keningau Catat Bacaan Suhu Tertinggi Di Sabah Setakat 2 Petang

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.