22
Kha, Feb

KUALA LUMPUR - Perjuangan UMNO tidak hanya terbatas di Semenanjung Malaysia, namun turut melangkaui sehingga ke bumi Sabah dan Sarawak menerusi bantuan yang diberikan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perkara itu semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Baru-baru ini, saya umumkan lebih banyak kuasa pentadbiran atau 'empowerment' yang membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diberikan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyatakan komitmen untuk membina Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,796km di kedua-dua negeri itu, tanpa mengenakan sebarang bayaran tol, sewaktu beliau membentangkan Bajet 2016 pada Oktober lepas.

Bagi Sabah, kata Najib di bawah kepimpinan UMNO dan BN, usaha bermati-matian terus dilaksanakan bagi mempertahankan kedaulatan di Negeri Di Bawah Bayu itu daripada sebarang pencerobohan.

Bagaimanapun apa yang amat dikesalkan ialah ada individu-individu dalam negara tergamak bertemu dengan pihak yang dikaitkan dengan

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - NGO Pro Umno/BN menyuarakan secara terbuka kekecewaan mereka terhadap Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO dengan kenyataan berikut:-

Saya sebagai aktivis Umno dan Presiden Pakatan Ngo Pro-BN amat sedih dengan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan menyerang Presiden Umno Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak. Sebagai Timbalan Presiden tidak sepatutnya Tan Sri Muhyiddin berbuat demikian. Mengulas perhimpunan malam tadi yang bertempat di Kelab Sultan Sulaiman kononnya

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah malam ini diumumkan pemenang Anugerah Membantu Rakyat (Membara) peringkat kebangsaan parti berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO, menyampaikan hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan dan sijil kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman, yang juga Ketua Menteri Sabah.

Majlis itu diadakan sebelum majlis Taklimat Presiden kepada perwakilan UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini.

Program

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri Sabah terus komited dalam membangunkan ekonomi terutamanya dari segi perdagangan dan pelaburan di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, Profil Pelaburan dalam Koridor Pembangunan Ekonomi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) dapat memberi peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam pelbagai sektor terutamanya di negeri ini.

Contohnya, Koridor Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Lebih 300 belia dari negara-negara ASEAN dan Jepun meninggalkan Sabah hari ini dengan menaiki kapal Nippon Maru selepas berada di negeri ini selama empat hari.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh melahirkan harapan bahawa pengalaman yang mereka peroleh melalui pelbagai aktiviti yang disertai di sini akan dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan di negara masing-masing.

"Kami berharap penginapan anda di sini akan memahat kenangan yang tidak dapat

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Aktivis NGO Pro-BN, Zulkarnain Mahdar hari ini menyuarakan pendapat agar Perwakilan UMNO dapat menumpukan dan membahaskan isu kebajikan Ahli UMNO yang seramai kira-kira 3 juta orang pada kali ini.

Beliau yang dihubungai KLxpress Sabah turut memaklumkan bahawa banyak isu pokok yang ditimbulkan dikalangan ahli UMNO Sabah. Antaranya adalah kos sara hidup, kenaikan harga barang,  serta keahlian Ahli UMNO yang bukanlah terdiri daripada bangsa Melayu semata-mata namun juga disertai

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menggesa syarikat di negeri ini memohon geran di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Phang Ah Tong, berkata setakat ini, tiada syarikat dari Sabah menerima sebarang geran daripada DISF.

"Syarikat-Syarikat di Sabah perlu segera memohon geran agar syarikat menjadi lebih aktif dalam rantaian nilai global seterusnya membantu meningkatkan ekonomi mereka," katanya dalam sidang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..