17
Isn, Dis

TAWAU - Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyifatkan Jambori Pengakap Antarabangsa sebagai platform terbaik memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional kalangan generasi muda.

Menurutnya, program itu dapat menemukan pelbagai bangsa, etnik dan budaya sekaligus menguatkan diri mereka yang menyertainya dari segi ketahanan fizikal, mental dan kerohanian menghadapi masa depan.

“Peserta dapat menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu mempertahan kedaulatan negara,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di Kompleks Sukan Tawau.

Katanya, jambori anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sabah yang diterajui Pengakap Daerah Tawau itu menunjukkan penyertaan yang memberangsangkan apabila meningkat setiap tahun dengan penyertaan kali ini seramai 2500 peserta.

“Jambori kali ini bukan sahaja disertai kontinjen negeri-negeri di Malaysia malah terdapat penyertaan dari negara jiran Indonesia dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang mampu membina jati diri para peserta yang berwibawa dan berdaya saing,” katanya.

Sehubungan itu beliau yang juga wakil rakyat Apas

Baca Selanjutnya: Tawfiq: Jambori Pengakap Antarabangsa Platform Pupuk Perpaduan

KLUANG - Pembangunan kem tentera darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang dirancang di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah, kini di peringkat akhir pembinaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya dalam tempoh setahun.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pembangunan kem berkenaan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu ketika membentangkan Bajet 2016 dan menerusinya, sebuah briged baharu akan ditubuh.

Baca Selanjutnya: Pembangunan Kem Tentera Darat Esscom Dijangka Siap Dalam Setahun

TAWAU - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sentiasa komited bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dalam usaha menjamin keselamatan di negeri ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Kamariah Mohd Noah.

Beliau berkata pihaknya sering mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi kerjasama kedua-dua pihak bagi memastikan tahap keselamatan di Sabah terus terjamin.

"Semua anggota Rela di kawasan ESSZone telah

Baca Selanjutnya: RELA Komited Beri Kerjasama Dengan Polis Di ESSzone

LAHAD DATU – Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) perlu saling berunding atau berbincang bagi menentukan aset yang akan dibeli menepati kesesuaian keperluan anggota keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZON).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum berkata perbincangan seperti itu penting bagi mengelak pembaziran terutama apabila berlaku pembelian aset yang kemudian didapati tidak sesuai digunakan

Baca Selanjutnya: Runding Keperluan Aset Yang Sesuai Di Kawasan Esszone – Johari

KOTA KINABALU - UMNO bahagian Putatan hari ini sebulat suara menyatakan sokongan penuh dan mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO serta Perdana Menteri.

Ketua UMNO bahagian Putatan Datuk Seri Yahya Hussin berkata ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat anggota jawatankuasa bahagian itu di sini, yang dipengerusikan beliau.

"Dalam mesyuarat ini, UMNO Putatan juga sebulat suara menyokong kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO

Baca Selanjutnya: UMNO Putatan Sokong Sebulat Suara Kepimpinan Najib

KOTA KINABALU - Jabatan Penjara Sabah perlu meningkatkan tahap profesionalismenya agar mampu bergerak seiring dengan perubahan masa.

Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Suria Idris berkata peranan penjara masa kini semakin mencabar, khususnya dalam memulihkan pesalah yang menjalani hukuman.

"Kita mengharapkan pegawai dan anggota kita mendidik diri masing-masing dalam pengurusan banduan supaya apabila mereka (banduan) bebas nanti, mereka boleh menjadi aset kepada negara.

"Dari masa ke masa

Baca Selanjutnya: Jabatan Penjara Sabah Perlu Tingkat Profesionalisme Seiring Perubahan Masa

PAPAR - Pembantu Menteri Infrastruktur Negeri Sabah, Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata kerajaan negeri dan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan ke atas pembangunan pendidikan kerana  melalui kepimpinan sekolah ia mampu menyalurkan secara meluas dasar kerajaan kepada masyarakat umum.

Katanya, “Sekolah adalah sebuah organisasi yang perlu diberi perhatian agar ianya sentiasa berfungsi dalam meneruskan dasar kerajaan dalam pembangunan pembangunan pendidikan.

"Organisasi hanya

Baca Selanjutnya: Kerajaan Sentiasa Utamakan Pembangunan Pendidikan

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.