22
Ahd, Jul

KOTA KINABALU - MERCY Malaysia Sabah Chapter akan mengadakan acara 'Trek and Raise Funds' ketiga pada 21 hingga 22 Mei ini.

Menurut satu kenyataan di sini hari ini, usaha komuniti tahunan itu bertujuan mengutip dana untuk pelbagai aktiviti yang dijalankan di negeri ini dengan rakan-rakannya seperti Taman-Taman Sabah, Pertubuhan Rakan Komuniti Sabah (Pacos Trust), Persatuan Radio Amatur Sabah (SARS) dan Performance Sportz (PSZ).

Acara tahun ini ialah 'Salt Trail Challenge' (Cabaran Laluan Garam), acara trek di sepanjang Laluan Garam di Taman Banjaran Crocker dan dibahagikan kepada dua kategori trek iaitu 25.5 kilometer (km) dan 18km.

Dana yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pendidikan kepada masyarakat yang memerlukan di Sabah.

"Untuk mengambil bahagian dalam pengalaman unik ini, peserta boleh mengumpul dana menggunakan Kad Derma yang boleh didapati di pejabat MERCY Malaysia Sabah Chapter atau Pacos dan PSZ.

"Peserta yang berjaya mengumpul dana RM600 dan ke atas akan layak menyertai Cabaran Laluan Garam," kata kenyataan itu.

Mereka yang berminat boleh menghubungi 088-272667, 019-3116182 dan 019-2682789 untuk pendaftaran dan pertanyaan.

Baca Selanjutnya: Mercy Malaysia Sabah Chapter Anjur 'Trek And Raise Funds' Pada Mei

SANDAKAN - Perkhidmatan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara berkala tiga kali sebulan akan dilaksanakan di daerah kecil Paitan.

Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pendekatan itu diambil berikutan kekangan bagi mewujudkan pejabat baharu JPN di daerah kecil itu.

Katanya ia merupakan maklum balas yang diterima beliau daripada JPN pada 10 Mac lepas selepas menghantar permohonan kepada JPN pada 12 Feb lalu bagi cadangan mewujudkan pejabat baharu

Baca Selanjutnya: Khidmat Unit Khas Bergerak JPN Di Paitan Beroperasi Tiga Kali Sebulan

LAHAD DATU: Lahad Datu Edible Oil Sdn. Bhd. (LDEO) telah menyumbangkan sebanyak lapan kerusi roda kepada pihak Hospital Lahad Datu (HLD) sebagai menampung keperluan kemudahan pesakit di hospital berkenaan.

Pengurus Besar LDEO, Ir Azmer Shamsuddin berkata, sumbangan itu telah disampaikan kepada Timbalan Pengarah Hospital Lahad Datu, Dr.Razak dalam satu majlis ringkas yang diadakan di perkarangan Hospital tersebut baru-baru ini.

Katanya, sumbangan kerusi roda itu adalah hasil projek ‘Corporate

Baca Selanjutnya: LDEO sumbang kerusi roda ke HLD

KOTA KINABALU – Semua lapisan masyarakat mempunyai peranan serta tanggungjawab yang sama dalam menangani isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri ini.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) sentiasa memberi galakan dengan agensi kerajaan, NGO's sehingga peringkat pemimpin-pemimpin masyarakat seperti ketua kampung, pengerusi JKKK / JKDB dan sebagainya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid menyeru agar

Baca Selanjutnya: PEMADAM Bersedia Berkerjasama NGOS Perangi Dadah

KOTA KINABALU - Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Sabah berharap kerajaan akan menyediakan satu pelan tindakan alternatif untuk membantu golongan ibu tunggal.

Pengerusinya Datuk Rosimah Zakaria berkata, pelan terbabit antaranya ialah dengan memberikan kelonggaran untuk mendapatkan bantuan tanpa perlu melalui tapisan sistem e-Kasih khususnya dari segi permohonan perumahan.

“Saya menggesa kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

Baca Selanjutnya: Beri Kelonggaran Kepada Ibu Tunggal Terima Bantuan

KOTA KINABALU - Pakatan Ngo Pro-BN telah tampil dengan laporan Polis mengenai fitnah dan hasutan ke atas penganjur Deklarasi Rakyat yang ditandatangani bersama Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin berserta pemimpin pemimpin Ngo dan barisan pimpinan pembangkang Malaysia.

Presidennya, Zulkarnain Mahdar berkata artikel deklarasi tersebut turut menyentuh aspek integriti institusi dengan niat untuk melemahkan agensi berkenaan seperti Polis, SPRM, Bank Negara dan PAC supaya pemulihan.

Beliau

Baca Selanjutnya: Tindakan Fitnah dan Hasutan Deklarasi Rakyat Usaha Cemar Imej Perdana Menteri

KENINGAU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato Abdul Rashid Harun meminta para anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) disarankan agar lebih berfikiran positif dan semai semangat kerjasama demi menjamin kejayaan dalam pasukan.

Katanya, mereka hendaklah berkhidmat tanpa mengira masa dan ketika dan sentiasa berfikiran terbuka.

“Elakkan daripada pemikiran yang negatif dan sentiasa bekerjasama untuk menjamin kejayaan dalam pasukan,” katanya semasa lawatan kerja di  Ibu Pejabat Polis Daerah Keninggau

Baca Selanjutnya: Anggota Digesa Agar Sentiasa Menjaga Nama Baik PDRM

Lebih banyak artikel..