20
Sab, Okt

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, membela nasib rakyat.

Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata ia terbukti dengan pelaksanaan beberapa langkah dalam pengubahsuaian berkenaan yang jelas masih mendahulukan kepentingan rakyat termasuk rakyat di Sabah.

"Walaupun menghadapi cabaran dalam tempoh yang sukar ini, kita bersyukur kerana kerajaan tetap melindungi dan membela nasib rakyat. Ini dibuktikan dengan pelaksanaan beberapa langkah yang mendahulukan kepentingan rakyat termasuklah kita di Sabah.

"Antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tetap diteruskan di samping penambahan dua lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Tawau dan Keningau," katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru Musa berkata rakyat, khususnya di Sabah, merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan khususnya Perdana Menteri terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Sambil menyokong penuh pengubahsuaian Bajet 2016 berkenaan, Ketua Menteri berkata langkah yang diambil kerajaan berkenaan amat tepat pada masanya bagi menghadapi kesan

Baca Selanjutnya: Pengubahsuaian Bajet 2016 Melindungi, Membela Nasib Rakyat

KOTA KINABALU - Stesen radio komuniti Sabah yang pertama, Kupikupifm, merupakan satu platform untuk menyampaikan mesej positif kepada belia mengenai kepentingan bekerja keras bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebagai contoh, stesen radio boleh memberi motivasi dan menasihati para pendengarnya khususnya orang muda agar tidak memilih dan boleh menerima pekerjaan peringkat rendah sekiranya mahu bertahan

Baca Selanjutnya: Kupikupifm Platform Untuk Sampaikan Mesej Positif Kepada Belia

KOTA KINABALU - Sektor perkhidmatan sangat penting kepada Sabah kerana ia menyumbang lebih 40 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negeri itu, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat.

Beliau berkata, sektor berkenaan tidak terjejas dengan kekangan yang dihadapi untuk mengeksport barangan pembuatan Sabah.

Disebabkan Sabah tidak terletak di laluan perdagangan utama, ia mempunyai pelbagai kesukaran untuk mengeksport barangan pembuatan, katanya

Baca Selanjutnya: Sektor Perkhidmatan Sumbang 40 Peratus Kepada KDNK Sabah

SANDAKAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menyasarkan pungutan hasil sebanyak RM2 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok.

Menurutnya pada tahun lepas, sebanyak RM1.7 bilion pungutan hasil dapat dicapai melebihi sasaran RM1.3 bilion.

"Dengan strategi yang berkesan dan kecekapan 1,015 anggota kastam di seluruh negeri ini menjalan tugas mereka, sasaran itu akan dicapai," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Kastam Sedunia peringat negeri

Baca Selanjutnya: Kastam Sabah Sasar RM2 Bilion Kutipan Hasil Tahun Ini

KOTA KINABALU - Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif memberi pendidikan percuma kepada kanak-kanak tanpa negara di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.

Pengarah program Hasmadi Olah berkata aktiviti yang dikenali "Program Hak Asasi di Bawah Bayu" itu merupakan khidmat sosial bagi mendidik golongan berkenaan membaca, menulis dan mengira (3M), selain mendalami jiwa mereka dalam meneruskan kehidupan di negara ini.

"Sambutan yang

Baca Selanjutnya: Pendidikan Percuma Kepada Kanak-kanak Tanpa Negara

KOTA KINABALU - Langkah kerajaan merancakkan industri pelancongan merupakan langkah bijak untuk mengukuhkan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata pengecualian visa kepada pelancong dari China untuk melancong ke negara ini akan memudahkan lagi percutian pelancong dari negara itu ke Malaysia.

"Sabah adalah antara destinasi pilihan utama mereka. Langkah kerajaan ini amat

Baca Selanjutnya: Rancakkan Industri Pelancongan, Langkah Bijak

KOTA KINABALU - Orang ramai diingatkan supaya memastikan setiap maklumat diperolehi tepat dan sahih terutama berkaitan hal keselamatan.

Ia kerana sikap segelintir masyarakat yang gemar viralkan perkara tidak benar menerusi media sosial, menyebabkan kententeraman terganggu.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, sikap ingin tahu dan keprihatinan masyarakat menyebabkan ada yang terperdaya tanpa sedar dan akhirnya

Baca Selanjutnya: Waspada Anasir Luar, Pastikan Setiap Maklumat Diperolehi Sahih - TYT

Lebih banyak artikel..