14
Kha, Dis

KOTA KINABALU: Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa, telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.

Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan, seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan, malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu, memilih wang tunai.

"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.

Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.

Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami

Baca Selanjutnya...

Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh menggesa Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing (JTPWA) di Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memanggil semula saksi-saksi Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin di Sabah (RCI) yang mendakwa wujud projek IC.

Haris menuntut kebenaran terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh saksi-saksi RCI dengan menunjukkan keterangan lebih jelas disertakan dengan bukti. Beliau mensyorkan cadangan ini melalui surat

Baca Selanjutnya...

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, George Anak Lagong berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu selepas terbabit dalam kemalangan di Sebangkoi, kira-kira 10 kilometer dari pekan Sarikei petang semalam.

Menurut Nelson Janting, adik iparnya, George, 55, yang ditemani isterinya, Sumi Janting, 50, dan dua anak lelaki mereka dipercayai hilang kawalan kenderaan pacuan empat rodanya dan terjatuh ke dalam jurang.

"George mengalami kecederaan

Baca Selanjutnya...

Kota Kinabalu: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menerima bantuan dari Kerajaan dengan peruntukan jangkaan sebanyak RM11.3 bilion dalam usaha meningkatkan pembangunan sektor berkenaan. Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Tsu Kiah menyatakan bantuan berkenaan disediakan untuk kira-kira 500,000 PKS menerusi 163 program bantuan PKS. Program ini terbahagi kepada lima komponen utama iaitu akses kewangan, latihan, inovasi dan teknologi, pemasaran dan juga teknologi. Beliau

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Episod penculikan di Sabah yang reda selepas pembebasan Lans Koperal Zakia Aleip, 26, pada 7 Mac lalu berulang apabila dua rakyat tempatan diculik dipercayai didalangi oleh kumpulan Muktadil Brothers.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejadian berkenaan berlaku pada pukul 7.40 malam ini di Restoran Ocean King, Jalan Tanah Merah, Sandakan.

Katanya, mangsa merupakan seorang wanita yang juga pengurus di restoran berkenaan, Thien Nyuk Fun, 50, dan

Baca Selanjutnya...

Lahad Datu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOMM) menafikan dakwaan bahawa ia menggunakan kekerasan semasa operasi bersepadu besar-besaran yang berlangsung sekarang untuk membanteras pendatang haram di Zone Selamat Pantai Timur (ESSZONE). Komander Esszone DCP Datuk Abu Rashid Harun berkata pasukan keselamatan di bawah Esscom tidak meminggir atau memberi layanan berbeza kepada pemilik perniagaan atau pendatang haram ketika menjalankan tugas. Tanggungjawab itu dilaksanakan

Baca Selanjutnya...

KUNDASANG: Terdapat kematian dilaporkan di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan beberapa kawasan di Sabah, semalam.

Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun melalui laman Twitter beliau.

"Dengan amat dukacita saya hendak memaklumkan bahawa ada kematian di Gunung Kinabalu," katanya sambil menambah bahawa butirannya akan diumumkan pada hari ini.

Sementara itu, dua mayat telah dibawa turun

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..