19
Rab, Dis

KOTA KINABALU – Pengarah Pendidikan, Datuk Jame Alip berkata kekurangan kekosongan jawatan mengajar di Semenanjung Malaysia adalah sebab utama ramai guru-guru Semenanjung terpaksa dikekalkan di Sabah.

Beliau berkata ramai guru yang memohon untuk ditempatkan kembali ke negeri asal mereka terpaksa menunggu disebabkan kekurangan kekosongan jawatan.

“Sebab utama mengapa kita tidak dapat menghantar mereka kembali ke semenanjung sebagai contoh ialah apabila sistem atas talian menunjukkan merah pada komputer, ini bermakna jawatan mengajar negeri itu telah dipenuhi, oleh itu mereka tidak dapat kembali,” katanya semasa satu sidang media di sini pada Isnin.

Menurut Jame, jawatan mengajar hanya boleh diberikan sebaik kekosongan jawatan tersedia, tambahan formula sama digunakan di bawah nisbah 90:10 guru Sabah berbanding rakan mereka dari Semenanjung yang memegang jawatan mengajar di Sabah.

“Untuk guru-guru dari Sabah yang cuba kembali ke Sabah, 147 memohon untuk sekolah rendah tetapi hanya 37 yang diluluskan. Untuk sekola menengah, 39 memohon tetapi hanya 10 diluluskan,” katanya.

Pada 17 Disember tahun lalu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata guru-guru yang bekerja di

Baca Selanjutnya: Kurang Jawatan Sebab Utama Guru Semenanjung Terpaksa Kekal Di Sabah

KOTA KINABALU – Pertubuhan bukan kerajaan seharusnya bersama-sama membantu kerajaan dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai Dasar-Dasar Kerajaan yang digubal. 

Presiden NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar turut menegas serta menekankan peranan NGO dalam usaha mempertahankan kerajaan dari serangan dan fitnah pembangkang.

“Saya berharap pada tahun 2016,  isu besar yang melanda Kerajaan dan pimpinan negara, Dato’ Seri Najib dapat diselesaikan dengan baik.

“Ketika ini Jabatan Audit Negara, PAC

Baca Selanjutnya: NGO Wajar Bersama Jelaskan Dasar Kerajaan – Zulkarnain

KOTA BELUD - Pendidikan agama Islam yang menyeluruh perlu diterapkan lebih awal kepada generasi muda bagi memastikan mereka memiliki asas agama kukuh dalam menghadapi cabaran di masa depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini termasuk memberikan golongan itu pembelajaran bacaan al-Quran yang tepat selain asas ilmu pengetahuan agama bagi memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

"Adalah amat penting setiap penganut agama Islam mengamalkan apa

Baca Selanjutnya: Asas Agama Islam Yang Kukuh Perlu Diterapkan Lebih Awal - Salleh

MATUNGGONG - Pantai Teringai yang terletak di Matunggong bakal menjadi salah sebuah destinasi pelancongan di negeri ini setelah kejayaan perlaksaan program larian “Matunggong Challenge 2016 (MC 2016)” yang diadakan, di sini.

Program larian yang bertemakan “Run for a Cause” akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan sukan di negeri ini dan acara tersebut telah diinisiatifkan oleh Dato’ Jelani Hamdam yang merupakan ahli parlimen Matunggong.

Menurut Jelani, beliau telah membincangkan perkara

Baca Selanjutnya: Pantai Teringai Bakal Menjadi Salah Sebuah Destinasi Pelancongan Di Sabah

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata Kerajaan Negeri Sabah sentiasa prihatin dan mendengar suara rakyat, dan mengambil tindakan yang tepat dan sewajarnya terhadap keperluan rakyat.

“Selaras dengan itu, kita telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program pembangunan yang memberi manfaat kepada negeri dan rakyat, serta menyokong pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat,” katanya sempena sambutan Tahun Baru 2016, semalam.

"Kerajaan Negeri

Baca Selanjutnya: Kerajaan Negeri Sabah Sentiasa Prihatin, Dengar Suara Rakyat - Musa

PAPAR - Cadangan untuk mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau akan dipertimbangkan sekiranya memberi manfaat sewajarnya kepada masyarakat.  

Ahli Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara tersebut perlu diperinci denagn baik sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Tambah beliau, sebelum ini  beliau telah memberikan pendapat secara peribadi dan terpulang kepada pihak DUN untuk membuat keputusan selepas perkara tersebut diteliti terlebih dahulu sebelum

Baca Selanjutnya: Penubuhan DUN Limbahau Akan Dipertimbangkan

KOTA KINABALU - Editor akhbar tempatan diminta agar tidak mensensasikan sebarang isu yang boleh mengganggu-gugat perpaduan kaum di negara ini, khususnya di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata sikap hormat-menghormati perlu diterapkan dan diperkukuh dalam menghasilkan penulisan berita memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

"Saya minta editor termasuk wartawan mempraktikkan

Baca Selanjutnya: Editor Akhbar Diminta Jangan Sensasikan Isu Sensitif

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.