20
Sel, Feb

KUALA LUMPUR (Bernama) - Perlawanan akhir Piala Dunia 2014 bakal menyaksikan kehebatan dua kuasa besar bola sepak dunia iaitu Jerman dan Argentina Ahad ini. Persoalannya sampai bila rakyat Malaysia sekadar menyarung jersi negara lain setiap kali berlangsungnya kejohanan berprestij dunia itu? Beberapa atlet sukan negara yang beraksi di pentas dunia seperti sukan terjun, hoki dan bina badan berharap skuad bola sepak negara juga mampu beraksi di pentas Piala Dunia satu ketika nanti. Ratu terjun negara Pandelela Rinong berkata sebagai seorang atlet beliau pasti berbangga sekiranya dapat menyarung jersi kebangsaan dan menyokong pasukan negara ketika menonton perlawanan Piala Dunia. "Bukan hanya untuk sukan bola sepak tetapi juga untuk sukan lain," katanya ketika dihubungi Bernama. Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu berkata mutu sukan bola sepak Malaysia semakin maju berbanding dengan dahulu dengan lahirnya lebih ramai bakat-bakat baharu yang sanggup berjuang dengan baik di padang. "Tidak kira apa jenis sukan sama ada bola sepak ataupun sukan lain, hanya usaha yang gigih dan persembahan yang baik daripada atlet lain akan berikan kejayaan," katanya yang menyokong
Baca Selanjutnya...