KOTA KINABALU – Isu keselamatan menjadi perdebatan hangat di Sabah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan tidak pernah memandang ringan masalah tiu, sebaliknya meletakkannya sebagai agenda utama negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghuraikan komitmen Kuala Lumpur untuk menangani isu berkenaan. Sejak berlakunya insiden pencerobohan Lahad Datu pada Mac 2013, Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa mengambil langkah proaktof dalam meningkatkan jumlah aset atau kelengkapan ketenteraman untuk ditempatkan di sabah demi menjamin keselamatan Sabah dan Malaysia.
Hishammuddin berkata, keselamatan Sabah sentiasa menjadi fokus utama Mindef. Walaupun ia membabitkan tugas yang mencabar, beliau tetap menggalas tanggungjawab itu demi menjamin keselamatan rakyat di negara ini.
Atas sebab itu, beliau menggariskan sembilan inisiatif demi menjamin keselamatan Sabah.
Antara inisiatif itu termasuklah meningkatkan keselamatan maritime di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Dalam usaha memperkukuhkan keselamatan di Sabah dari segi pertahanan laut, kita mengatur gerak dua Pangkalan laut (Sea