12
Sel, Dis

KOTA KINABALU - Persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) berasa kesal dengan penyebaran berita palsu berkaitan jangkitan leptospirosis atau kencing tikus di Sungai Kiulu oleh orang tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi WhatsApp, sejak semalam.

 

Presidennya. Dr Edmon Guntis, berkata tindakan mana-mana pihak atau individu yang menyebarkan berita palsu itu amat mengecewakan.

Sambil menafikan perkara itu, beliau berkata Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, turut mengesahkan bahawa dakwaan itu (jangkitan kencing tikus di Sungai Kiulu) sebagai tidak betul.

"Tindakan seperti ini bukan saja dikesali malah ia menjejaskan industri pelancongan di Kiulu yang semakin berkembang pada masa ini.

"Apa yang kita usahakan selama ini untuk membangunkan industri pelancongan di sini, boleh musnah begitu saja, dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak atau individu.

"Kita tidak menuding jari kepada sesiapa namun dalam masa terdekat ini kita akan mengadakan mesyuarat dengan ahli KTA, selain turut memanggil wakil daripada Jabatan Kesihatan dan juga polis. Selepas itu, baharu kita membuat keputusan apa tindakan yang akan diambil susulan penyebaran berita palsu ini," katanya

Baca Selanjutnya...

SANDAKAN - Seramai 52 pegawai dan anggota polis menerima sijil penghargaan atas sumbangan memastikan keamanan terus terpelihara.

 

Sijil disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Mohd Azhar meminta pegawai dan anggota polis sentiasa mengutamakan sikap profesionalisme serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, Polis

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Bab akhir projek penyelidikan pemuliharaan Yayasan Sime Darby (YSD) dengan Pusat Penyelidikan Danau Girang (DGFC) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bermula esok dalam bengkel dua hari yang dihadiri pakar berkaitan pemuliharaan banteng Borneo.

 

Saintis tempatan dan luar negara, agensi kerajaan serta pihak industri akan berkampung sehingga Jumaat ini bagi membincangkan spesies lembu liar endemik di Sabah itu, sebulan selepas cadangan bagi pemuliharaan dua spesies lain iaitu

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan tetap membela, memperjuang serta mempertahankan apa sahaja hak juga kepentingan Sabah dan rakyat seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

"Pendirian kita (kerajaan negeri) dalam perkara ini adalah jelas," katanya dalam sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini baru-baru ini.

Katanya MA63 adalah antara isu yang mendapat perhatian dalam sesi

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak pihak menubuhkan koperasi, khususnya berkaitan pelancongan di negeri ini.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datu Rosmadi Datu Sulai, berkata kesedaran berkaitan manfaat koperasi perlu diperluas bagi menarik minat rakyat menyertai atau menubuhkan koperasi.

"Saya harap pemimpin masyarakat setempat dapat bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya matlamat menggerakkan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora untuk aktiviti perkapalan kategori kedua di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang.

 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak dijangka mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan

Baca Selanjutnya...

PUTATAN - Kira-kira 16,000 nelayan di Sabah layak menerima bantuan kerajaan menerusi program Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 sebulan.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah Mohd Jamil Abdullah berkata jumlah penerima bantuan itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak kira-kira RM5 juta sebulan.

"Pemberian elaun sara hidup ini merupakan antara kaedah kerajaan menangani peningkatan kos hidup. Kita berharap bantuan ini dapat meringankan beban golongan nelayan.

"Elaun

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..