19
Isn, Feb

SANDAKAN - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sedang berusaha memperkenalkan penggunaan Sistem Pasport Keselamatan kepada industri perladangan kelapa sawit.

 

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perladangan kelapa sawit adalah antara sektor yang memerlukan ramai tenaga kerja dan khidmat kontraktor bagi merekrut pekerja.

Katanya, NIOSH boleh membantu industri itu dengan mengeluarkan pasport keselamatan kepada pekerja dan kontraktor selepas mengikuti Program Induksi Keselamatan yang menyediakan latihan mengenai kesedaran serta ilmu asas berkaitan undang-undang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

"Sistem ini sudah digunakan di Semenanjung dan Sabah. Namun, kita mahu ia diperkenalkan kepada perladangan kelapa sawit kerana industri ini antara yang menggunakan ramai pekerja.

"Selain perladangan kelapa sawit, kita boleh membantu mana-mana industri yang memerlukan, termasuk pelabuhan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan Pelanggan NIOSH di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Lam Thye menggesa sektor awam dan swasta memperbaharui komitmen mereka melaksanakan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di semua tempat

Baca Selanjutnya...

Kota Kinabalu - Maafkanlah Tun Mahathir demi jasa beliau selama 22 tahun menyelamatkan Malaysia dalam isu ekonomi, saranan Datuk Seri Shafie Apdal kepada rakyat Sabah.

Saranan Shafie dipandang sinis dan disangkal rakyat Sabah sendiri kerana Mahathir sebenarnya banyak meninggalkan rona-rona hitam di hati rakyat Sabah dalam isu IC projek melibatkan pendatang asing tanpa izin dan penafian hak-hak Orang Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini Shafie pernah menyatakan bahawa jika Warisan diberi peluang

Baca Selanjutnya...

SANDAKAN – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM38.1 juta sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk 381,174 pelajar di negeri ini.

 

Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Datuk Au Kam Wah berkata pemberian bantuan itu merupakan komitmen berterusan kerajaan membantu meringankan beban ibu bapa kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak mereka.

Katanya ia sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan setiap anak-anak rakyat negara ini dapat bersekolah tanpa dihalang

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul meminta semua sekolah di negeri ini mempertingkatkan usaha untuk mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) terhadap lima fokus utama Pelan Pembangunan Bersepadu JPNS tahun ini.

Lima fokus utama itu ialah Pengurusan Akademik, Sekolah, Guru, Murid dan Khidmat Pengurusan dan ia terkandung dalam Pelan Pembangunan Bersepadu JPNS 2017 hingga 2019.

Sehubungan itu, Maimunah berkata elemen kepimpinan di semua

Baca Selanjutnya...

SANDAKAN – Seramai 353 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Filipina dihantar balik ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.

 

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata PATI berkenaan terdiri 172 lelaki, 89 wanita dan 92 kanak-kanak.

Katanya warga Filipina yang dihantar balik dengan menaiki feri ke Zamboanga Filipina itu berusia di antara lima bulan hingga 66 tahun.

Proses penghantaran balik PATI ke negara asal

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah secara jelas dan tegas menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman hari ini.

 

“Saya telah tetapkan pendirian kami tentang perkara ini sebelumnya. Kini, izinkan saya menyatakan dengan jelas sekali lagi bahawa kami tidak mengiktiraf atau memperakukan sebarang tuntutan oleh Filipina atau mana-mana negara lain ke atas Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Membalas kenyataan seorang anggota Jawatankuasa

Baca Selanjutnya...

SANDAKAN - Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan melaksanakan kadar bayaran letak kereta sistem berkupon dan masa operasi yang baharu, berkuatkuasa 15 Februari depan.

Presiden MPS Datuk James Wong berkata perubahan kadar bayaran letak kereta itu membabitkan petak merah untuk kadar bayaran terbaharu RM1 setiap sejam dan bagi petak hijau kadar bayaran terbaharu RM2 setiap sejam.

Katanya bagi perubahan masa operasi, jadual baharu Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dan pada

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..