24
Sel, Apr

PUTATAN – Khabar angina yang mendakwa ramai ahli UMNO keluar parti hanyalah propaganda pihak pembangkang, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Pamglima Yahya Hussin.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah menafikann dakwaan itu sekeras-kerasnya.

“Saya sama sekali tidak mendengar berkaitan isu ramai ahli keluar parti dan berita yang ditularkan itu adalah tidak benar dan ia adalah propaganda pembangkang.

“Biasalah jika ada seseorang, dua ahli lompat parti tapi bukanlah dengan jumlah besar dan ini disebabkan mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan kursus kemahiran Quick Win Bakery dan Online Marketing, di sini semalam.

Yahya yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas itu berkata, dakwaan palsu itu hanyalah cerita kosong pihak pembangkang sempena pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Katanya, kebanyakan cerita yang digembur-gemburkan itu hanyalah khabar angin semata-mata dengan membangkitkan isu lama.

Justeru, beliau membina orang ramai agar dapat merujuk serta memeriksa terlebih dahulu sumber berita sebelum menerimanya.

Sementara itu, beliau berkata sesiapa pun calon parti BN

Baca Selanjutnya...

BONGAWAN - Masyarakat Parlimen Kimanis berbesar hati mengalu-alukan ketibaan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 23 April ini.

Datuk Hj Mohd Arifin Arif berkata kehadiran Ahmad Zahid sangat dinanti-nantikan perincikan program-program telah dilakukan bersempena lawatan beliau buat kali kedua ke Parlimen Kimanis.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional itu pernah datang ke Kimanis untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kimanis pada tahun lalu.

Bercakap pada

Baca Selanjutnya...

TENOM - Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh berkata perkongsian kuasa pelbagai kaum dalam Barisan Nasional (BN) telah mewujudkan kestabilan dan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata keadaan itu telah membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program sosioekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Kita juga dapat melihat usaha-usaha kerajaan melaksanakan penambahbaikan berkaitan dasar dan program pembangunan bagi

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sepanggar sentiasa memberi ruang kepada ahli-ahli parti pembangkang yang berhasrat untuk meninggalkan parti dan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Pengerusinya, Datuk Yakub Khan berkata, tiada halangan kepada mereka untuk menyertai parti BN yang nyata telah membuktikan kemampuan dalam membawa pembangunan, kestabilan politik dan ketenteraman sosial kepada rakyat dan negara.

“Kita tidak pernah melarang untuk mana-mana pihak menyertai BN khususnya di

Baca Selanjutnya...

KENINGAU - Persatuan Anak Anak Peribumi Dusun Pedalaman Sabah (Peribumi) berkata kaum Dusun masih memerlukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di negara ini.

Setiausaha agungnya Rosanna Edeza berkata sepanjang tempoh lima tahun, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan prestasi cemerlang untuk mengemudi negara ini ke tahap tinggi di mata dunia.

“Dengan kecemerlangan itu, kami (kaum Dusun) optimis dengan sepenuhnya dengan BN,” katanya kepada Bernama di

Baca Selanjutnya...

RANAU: Lebih 1,000 guru di seluruh Sabah hadir memeriahkan Majlis Makan Malam “Sodop Pisompuruan” sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2018 di Dewan Masyarakat Ranau pada Rabu.

Majlis penuh warna-warni itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pelajaran Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Suhaibul.

Masidi dalam ucapannya memberikan penghargaan kepada

Baca Selanjutnya...

Beaufort - Kerusi Parlimen Beaufort dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu akan tetap bersama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajjah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun berkata ketika pertemuan beliau bersama jentera pada awal Februari tahun ini, hampir semua jentera kepimpinan akar umbi memaklumkan sejauh mana pencapaian prestasi kerja di peringkat kawasan.

 

“Ada yang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..