19
Sel, Jun

MELALUI dasar-dasar perhutanan yang pragmatik dan mesra alam, Negeri Sabah kekal menjadi negeri yang utama di Malaysia dalam program perlindungan dan pemuliharaan hutan hujan tropika di dunia. Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional ini adalah untuk kepentingan generasi masa kini dan yang akan datang.

Sebanyak 53 peratus atau 3.9 juta hektar tanah telah dirizabkan secara kekal sebagai kawasan hutan simpan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar melalui dasar pengurusan hutan lestari.

Kerajaan negeri juga telah memutuskan supaya 30 peratus daripada kawasan hutan hujan tropika bumi Sabah atau 2.2 juta hektar, sebagai Kawasan Perlindungan Menyeluruh (total protected areas) menjelang 2025.

Angka itu kini sudah menghampiri 1.9 juta hektar atau 26 peratus daripada kawasan hutan yang dikenal pasti, melebihi sasaran 10 peratus Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar.

Hutan yang ditanam semula, dipulihkan dan dirawat, juga terletak di dalam kawasan seluas 700,000 hektar dan merupakan yang terbesar di Malaysia.

Kerajaan negeri juga memperkenalkan pelbagai strategi untuk mencapai tadbir urus hutan yang baik, melindungi bukan sahaja hutan

Baca Selanjutnya: Sabah Mendahului Usaha Perlindungan Hutan

SEBAGAI salah satu tonggak utama dalam Agenda Halatuju, kerajaan Barisan Nasional Sabah komited memanfaatkan sektor pembuatan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Antara tahun 2013 dan 2017, sektor ini mencatatkan nilai pelaburan terkumpul sebanyak RM10.48 bilion dan mencipta 11,416 peluang pekerjaan, sekaligus mempergiatkan lagi pertumbuhan perindustrian di Sabah.

Bagi tahun 2016 sahaja, Sabah menerima pelaburan sebanyak RM3.13 bilion dengan 5,154 peluang pekerjaan diwujudkan

Baca Selanjutnya: Sabah Di Landasan Tepat Bagi Sasaran Perindustrian Sabah

SEKTOR pelancongan dilihat berupaya melonjak ke arah yang lebih tinggi dengan pelan pembangunan sektor pelancongan yang komprehensif oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri Sabah demi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

Usaha kerajaan mempromosikan tempat-tempat pelancongan baharu di kawasan pedalaman Sabah, disamping menambah baik kemudahan infrastrukturnya, mempertingkatkan lagi keupayaan untuk menerima lebih ramai pelancong yang dijangka bertambah setiap tahun.

Bagi

Baca Selanjutnya: Industri Pelancongan Sabah Di Landasan Terbaik

KERAJAAN Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Razak komited untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana Pihak Berkuasa Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, adalah bukti komitmen berkenaan.

Dua lagi jawatankuasa turut ditubuhkan, iaitu

Baca Selanjutnya: Kerajaan BN Hormati Hak-Hak Sabah Dalam MA63

BARISAN Nasional Sabah tidak akan mengabaikan hak pribumi untuk memiliki tanah yang didiami atau diusahakan sejak turun temurun.

Dalam usaha itu, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mengarahkan program Perkhidmatan Tanah Pribumi Negeri Sabah (PANTAS) untuk menyegerakan kajian dan mengeluarkan hak milik ke atas Tanah Adat Pribumi pada tahun 2011.

Sejak itu, Jabatan Tanah dan Ukur sudah mengeluarkan sebanyak 21,378 geran tanah dengan jumlah keseluruhan 36,137.02 hektar di 92 kampung menerusi

Baca Selanjutnya: Pemilikan Tanah Adat Diberi Keutamaan Kerajaan BN Di Sabah

KERAJAAN Barisan Nasional Negeri Sabah sentiasa komited dalam membantu sekolah swasta Cina, sekolah mubaligh serta badan-badan bukan Islam di negeri ini.

Sejak 2004 hingga 2017, sejumlah RM334 juta telah diagihkan kepada pihak-pihak berkenaan bagi membantu pemeliharaan rumah ibadat, program pendidikan serta untuk pembiayaan aktiviti mereka.

Tahun ini, sebanyak RM32 juta diperuntukkan bagi tujuan itu selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan pendidikan sekolah Cina dan sekolah

Baca Selanjutnya: Badan Agama Bukan Islam, Sekolah Mubaligh Dan Swasta Cina Terus Dibantu

Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang gigih dan beriltizam tinggi untuk terus berkhidmat dan berbakti; membawa kemajuan dan pembangunan, sekaligus memastikan keamanan dan kemakmuran dapat terus dinikmati oleh segenap lapisan rakyat.

Memperkukuhkan ekonomi negeri dan mensejahterakan rakyat sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan Barisan Nasional. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan dengan menggunakan strategi melalui pengurusan

Baca Selanjutnya: Sabah Maju Ke Hadapan Bersama Barisan Nasional

Lebih banyak artikel..