17
Sel, Okt

KOTA KINABALU - Kira-kira 5,000 landak laut dikutip di sekitar jeti Pusat Kecemerlangan Perahu Layar, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, di sini, sempena Program Jiwa Murni Mega Dive pangkalan berkenaan, hari ini.

 

Seramai lapan penyelam TLDM dibantu masyarakat nelayan dari Kampung Gentisan, di sini, menyertai program sehari itu bertujuan membersihkan kawasan dasar laut jeti berkenaan daripada masalah sampah dan kehadiran landak laut.

Panglima Logistik Timur TLDM, Laksamana Pertama Ir Ow Kiat Bin, berkata kehadiran landak laut yang banyak di perairan Pusat Kecemerlangan Perahu Layar, TLDM menjejaskan pertumbuhan batu karang, selain keselamatan orang ramai.

"Landak laut dikutip kerana ia boleh memusnahkan batu karang selain untuk membersihkan perairan daripada bahaya kepada orang yang berenang atau berkelah kerana durinya boleh membahayakan keselamatan.

"Selepas dikutip, hidupan itu diserahkan kepada nelayan masyarakat Bajau dari Kampung Gentisan untuk dijadikan hidangan. Ini secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan TLDM dengan masyarakat setempat," katanya kepada media selepas pelancaran program berkenaan.

Kiat Bin berkata, pembabitan penduduk

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU -  Perintah berkurung fasa ke-73 di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir semalam, dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-74, bermula hari ini.

 

Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dikuatkuasakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi, hingga 13 Oktober ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata peraturan itu dikuatkuasakan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Kumpulan Kerja Keselamatan Negeri (KKKN) Sabah akan  mencari pendekatan terbaik bersama operator pelantar minyak di negeri ini bagi menangani kegiatan nelayan di sekitar pelantar, khususnya aktiviti pengeboman ikan di dasar laut.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata kerjasama secara  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan melihat aspek perundangan dan prosedur operasi standard (SOP) dalam memantau kegiatan di

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Pencegahan awal bagi memastikan penularan wabak merbahaya adalah satu usaha yang melibatkan semua pihak secara berterusan.

 

Pegawai Kesihatan Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Kawasan, Dr. Sahrol Nizam Abu Bakar berkata, Influenza Avian merupakan satu penyakit yang mampu mengancam kesihatan umum kerana virus itu tersebar melalui udara.

“Pandemik Influenza ini merebak melalui udara, dan amat mudah untuk seseorang individu dijangkiti,” katanya.

Jelasnya, sebagai langkah

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima peruntukan RM5.4 juta untuk membiayai 49 projek penyelidikan baharu pada tahun lepas, kata Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin.

Beliau berkata RM3.6 juta daripada geran penyelidikan itu disalurkan oleh agensi kerajaan, (RM558,000) pembiayaan pihak swasta dan RM1.2 juta daripada institusi antarabangsa.

"Dalam usaha untuk menyuburkan budaya dan meningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi selaras dengan Bidang

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU - Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makan, Datuk Musbah Haji Jamli berkata, kecemerlangan Mohd Sirhajwan Idek, 29, harus dijadikan pembakar semangat dan sumber inspirasi kepada golongan muda di negara ini.

 

“Inilah hasil daripada usaha gigih Sirhajwan mengejar impiannya yang kini telah menjadi kenyataan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

“Tahniah kepada Sirhajwan kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan, kejayaan itu adalah hasil daripada didikan dan sokongan

Baca Selanjutnya...

LAHAD DATU - Pekebun kecil di negeri ini khususnya di sebelah pantai timur, digalakkan menceburi penanaman lada bagi meningkatkan sosioekonomi mereka memandangkan harga komoditi itu yang tinggi di pasaran.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata industri lada antara penyumbang besar kepada pendapatan eksport negara setiap tahun dengan Malaysia merupakan negara pengeluar lada kelima terbesar di dunia.

"... untuk lada hitam nilainya di pasaran

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..