14
Jum, Dis

NABAWAN - Seramai 617 ketua keluarga dari 16 buah kampung di daerah ini mendapat tanah melalui penganugerahan Geran Komunal yang membabitkan keluasan 9,700 ekar.

Geran Komunal ini terdiri dari dua kelompok iaitu Tagol 1 melibatkan enam buah kampung membabitkan 140 ketua keluarga dengan keluasan 700 ekar dan Tatalaan 2 melibatkan sepuluh buah kampung (477 ketua keluarga) dengan keluasan 9,000 ekar.

Penyampaian Geran Komunal tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman sempena Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pedalaman Utara, Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Mobile CTC di dataran Nabawan di sini kelmarin.

Terdahulu dalam ucapan perasmian program yang dihadiri oleh 5,000 orang itu Musa berkata, penganugerahan geran komunal telah memberi manfaat yang besar kepada penduduk yang terlibat di seluruh negeri ini.

Katanya, setakat ini sebanyak 93 geran komunal melibatkan 263 kampung dan 13,224 benefisiari dengan keluasan 147,547. 23 ekar.

Jelas Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, selain memberi hak milik tanah kepada penduduk yang terlibat yang boleh diwarisi oleh anak cucu cicit penganugerahan geran komunal juga menyelamatkan

Baca Selanjutnya: 617 Lagi Ketua Keluarga Terima Geran Komunal

KOTA MARUDU - Datuk Seri Najib Razak berkata, 'mood' dan suasana di Sabah dua hari menjelang pengundian Rabu ini, amat memberangsangkan dan positif untuk Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi gambaran mendapat mandat baharu daripada rakyat.

Perdana Menteri berkata, petunjuk itu dilihat berdasarkan semangat tinggi jentera BN dan kerjasama erat dalam kalangan semua parti komponen sehingga membolehkan gabungan itu mencapai kejayaan yang cemerlang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, tiada

Baca Selanjutnya: Suasana Di Sabah Positif - Najib

Keningau – Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji membina Pusat Transfoirmasi Bandar (UTC)  untuk rakyat Sabah baik di bandar mahupun di kawasan pedalaman Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata “Sejak November 2014, selepas perasmian UTC di Bandaraya Kota Kinabalu, terbukti perkhidmatan jabatan dan agensi yang terlibat sangat berkualiti dan dapat membantu mempermudahkan setiap urusan yang diperlukan oleh rakyat.

“Oleh itu, saya memohon pertimbangan kerajaan Persekutuan

Baca Selanjutnya: Manifestasi BN Laksanakan Pembinaan UTC Di Sabah Tunai Tanpa Gagal

Tawau – Kerajaan sentiasa berusaha memantapkan sistem pendidikan negara dalam pelbagai pendekatan secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berkata langkah-langkah ini meliputi semua peringkat baik prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun ke peringkat pendidikan tinggi.

“Program Jelajah Pendidikan anjuran kementerian sentiasa berkongsi sejauhmana pencapaian, kejayaan dan aktiviti bagi setiap pelajar di bawah sistem pendidikan alaf

Baca Selanjutnya: Rakyat Sentiasa Dapat Terima Transformasi Pendidikan Negara – Mary Yap

KOTA KINABALU - Datuk Seri Najib Razak yang mengakhiri lawatan dua hari sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sabah hari ini, pulang ke ibu negara menaiki pesawat AirAsia tertera tema manifesto Barisan Nasional (BN) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Tema 'Hebatkan Negaraku' edisi khas itu terpampang di badan pesawat jenis Airbus A330-300 milik Air Asia.

 

Perdana Menteri yang tiba di KKIA sebaik selesai program di Kota Marudu kira-kira jam 4 petang

Baca Selanjutnya: PM Naik Pesawat Edisi Khas Airasia

Sandakan – Etnik Sungai merupakan etnik dominan yang dapat menentukan siapa bakal memimpin mereka khususnya di Pantai Timur Sabah selain etnik Bajau Timur.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini banyak menjurus kepada usaha pihak pembangkang cuba memanipulasikan tahap sokongan etnik Sungai untuk perolehi kuasa demi kepentingan diri dan bukannya menjaga kebajikan kaum tersebut.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, “Saya berharap rakyat tidak terpedaya dan tertipu oleh pembangkang

Baca Selanjutnya: Etnik Sungai Tetap Bersama BN

LABUAN - Tiket untuk perkhidmatan feri kenderaan 'roll on roll off' (ro-ro) dari Labuan ke tanah besar Sabah mulai hari ini sehingga 8 Mei telah habis dijual, mengakibatkan  pengundi tanah besar di pulau ini tertanya-tanya  bagaimana mereka hendak melaksanakan hak  sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

Terdapat tiga feri -- Galaxy, Kimanis dan Putrajaya 1 diuruskan  dua pengendali iaitu Labuan Mainland Link Sdn Bhd dan Juta Bonus Sdn Bhd, yang pada masa ini menyediakan

Baca Selanjutnya: Tiket Feri Labuan-Menumbok Hingga 8 Mei Habis Dijual

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.