23
Sab, Sep

Tragedi Kataraman: Tiada Petunjuk Baru SAR Hari Ke-52

Sabah
Typography

KOTA KINABALU - Operasi SAR hari ke 52 kejadian bot pelancong jenis katamaran yang hilang di perairan Pulau Mengalum diteruskan hari ini.

 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata sektor pencarian merangkumi perairan barat laut Pulau Mengalum sehingga Perairan Kota Kinabalu.

Pencarian melibatkan lima aset, masing-masing dua milik APMM, tiga milik Pasukan Polis Marin.

“Setakat pagi ini, tiada sebarang petunjuk baharu dilaporkan namun operasi SAR akan diteruskan sehingga mendapat arahan seterusnya daripada pihak atasan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, situasi di sektor pencarian pada pagi ini baik, cuaca cerah dan berharap ini akan dapat membantu operasi SAR kita pada pagi ini.

 

SAYANG SABAH