17
Kha, Ogs

Doa Untuk Malaysia 2017 Peringkat Negeri Sabah

Sabah
Typography

TAMBUNAN – Program Doa Untuk Malaysia 2017 bagi masyarakat yang beragama Kristian buat julung kalinya telah dilaksanakan di Tambunan Sabah, semalam.

 

Program yang berkonsep keagamaan ini dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia di beberapa buah negeri yang terpilih bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 yang membawa tema Negaraku, Sehati Sejiwa.

Di Sabah, program ini telah dilaksanakan di Gereja Katolik Kristus Nokotungang, Tambunan dan dihadiri kira-kira 1000 orang penganut Kristian di sekitar daerah ini.

Upacara Sembahyang Misa Kudus dan Doa untuk Malaysia diketuai oleh Father Rudolf James berlangsung kira-kira tiga jam itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Angin dan isteri Datin Maria Angin, Datuk Haji Sairin Haji Karno Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Datuk Dr. Jeffery Kitingan ADUN N.33 Bingkor.

Turut sama ialah Datuk Lawrence Gimbang Timbalan Presiden Bola Sepak Sabah (SAFA), Encik Thomas Logijin Pegawai daerah Tambunan, OKK Philip Kitingan Ketua Daerah Tambunan, Encik Ryner Odong Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.182 Pensiangan, Ensik Silverius Bruno PPM N.32, Encik Kennedy Datuk John PPM N.33 Bingkor dan Encik Charles Ikang PPM N.37 Sook.

Antara tujuan penganjuran program adalah bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan nilai keagamaan, selain mampu menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat serta melahirkan rakyat yang cintakan agama, bangsa dan Negara serta bagi mendoakan agar Malaysia kekal aman makmur, stabil, maju serta sejahtera.