23
Sab, Sep

Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2017 Meriah

Sabah
Typography

KENINGAU - Sambutan Perayaan Hari Orang Asal Sedunia 2017 peringkat Kebangsaan dirayakan dengan sambutan meriah yang berlangsung di Keningau, baru-baru ini.

 

Program yang bermula seawal jam 6 pagi hingga 10 malam itu di penuhi dengan pengisian program yang padat dan meriah sempena meraikan Orang Asal yang ada di Malaysia termasuk dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pelbagai persembahan tradisional, pameran makanan tradisional, sukan tradisional, persembahan muzik dengan menggunakan alat muzik tradisional dan jualan peralatan tradisonal oleh orang asal dari pelbagai suku kaum di Malaysia.

Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Yusri Ahon berkata, majlis ini bagi meraikan dan memperingati orang asal Malaysia.

Katanya, majlis ini juga dapat menanam dan memupuk genarasi muda dalam menghayati serta mengetahui kehidupan tradisional mereka serta asal usul mereka.

Pada majlis itu, Yusri berkata, pihak JOAS bersedia berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menjaga kebajikan dan masa depan orang asal Malaysia.

“Ini kerana banyak masalah dan tekanan yang dihadapi oleh orang asal di Malaysia yang perlu diselesaikan dengan kerjasama kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media dalam majlis sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2017, peringkat kebangsaan, di sini.

Turut hadir dalam majlis itu Setiausaha Agung Asia Indigenous Peoples Past (AIPP), Gam Shimray; Timbalan JOAS (Sabah), Juhaidi Marindal; Timbalan JOAS (Sarawak), Romnald Sien; wakil-wakil jabatan kerajaan dan Bishop Cornelius Piong.

 

NEW SABAH TIMES