25
Isn, Sep

776 Peneroka Rancangan Felda Gugusan Umas Terima Insentif Khas

Sabah
Typography

TAWAU - Seramai 776 peneroka Rancangan Felda Gugusan Umas menerima insentif khas dari kerajaan bernilai RM5,000 seorang, kelmarin.

 

Penyampaian insentif khas bernilai RM3,880,000 itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Haji Salleh.

Ghapur semasa merasmikan majlis itu berkata, penyampaian insentif tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu masyarakat, termasuklah golongan peneroka.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan datang.

Dengan demikian katanya, lebih banyak bantuan dan insentif bagi memajukan para peneroka dapat dilaksanakan kerajaan masa akan datang.

Hadir sama ialah Wakil Rakyat Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat dan Wakil Rakyat Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho.

Sementara itu dalam program berasingan, Ghapur kelmarin turut menyampaikan sumbangan lembu korban kepada 20 penerima yang terdiri daripada beberapa pasukan keselamatan di daerah Tawau dan beberapa masjid terpilih di Parlimen Kalabakan.

 

NEW SABAH TIMES