17
Sel, Okt

Revolusi Perlu Untuk Jadikan Rasuah Musuh Nombor Satu Negara

Sabah
Typography

KOTA KINABALU - Satu revolusi perlu dilakukan untuk menjadikan gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hasbillah Mohd Salleh menjelaskan kebanyakan masyarakat masih keliru dengan tafsiran menerima hadiah daripada individu atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“SPRM mahu mendidik masyarakat mengenai bahana rasuah mengikut peruntukan undang-undang.

“Perlakuan meminta atau menerima suapan, walaupun sedikit, akan merosakkan imej sendiri,” katanya pada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah di sini, semalam.

Terdahulu, Pengarah JPAN Datuk Nordin Siman berkata penjawat awam negeri harus menanam sikap membenci dan menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau juga menasihatkan penjawat awam negeri supaya menjadikan kehendak agama dan undang-undang negara sebagai asas utama dalam memberikan perkhidmatan terbaik, telus dan berintegriti.

Nordin memimpin 140 kakitangan JPAN melafazkan ikrar itu disaksikan oleh Hasbillah.

BERNAMA