24
Jum, Nov

RM2.2 Bilion Tingkat Kualiti Bekalan Elektrik Sabah

Sabah
Typography

KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan geran RM2.2 bilion untuk pembinaan 57 projek meningkatkan kualiti perkhidmatan elektrik di Sabah.

 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata projek itu membabitkan penjanaan, penghantaran, pembahagian, post blackout dan kajian hidro elektrik.

Beliau berkata projek itu akan dijalankan dalam tempoh lima tahun sehingga 2020.

"Geran itu termasuk untuk pembangunan Loji Janakuasa Gas 300megawatt (MW) di Sandakan, dan projek Southern Link - pembinaan talian penghantaran 275kV sepanjang 390 kilometer (km) dari Kalumpang ke Sipitang," katanya ketika sesi pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Raime Unggi (BN- Tenom) meminta kementerian menjelaskan tindakan kerajaan untuk jangka pendek dan panjang untuk memperkukuhkan bekalan elektrik di Sabah.

Ongkili berkata, kerajaan turut meluluskan 41 projek bernilai RM1.417 bilion untuk dilaksanakan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah.

Katanya, lima daripada projek itu sudah disiapkan tahun ini.

"Kerajaan yakin melalui inisiatif ini, gangguan bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan.

Pada 2016, Sistem Indeks Gangguan Bekalan Elektrik (SAIDI) mencatatkan penurunan 89.2 peratus," katanya.

 

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.