22
Ahd, Apr

Sembilan Kampung Di Pitas Terjejas Banjir

Sabah
Typography

PITAS - Sembilan kampung di Daerah Kecil Pitas, kira-kira 180 kilometer dari sini, terjejas banjir ekoran hujan berterusan sejak petang semalam.

Kampung terlibat adalah Kampung Rukom Ulu, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Sibaung, Kampung Kebatasan Laut, Kampung Sulakolung Kanibongan, kampung Kutoyon Kanibongan, Kampung Masin Besar Kanibongan, Kampung Kanibongan dan Kampung Mandamai.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kampung Rokum Ulu iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rokum dan proses pendaftaran mangsa kini masih berjalan.

Difahamkan enam sekolah iaitu SK Kanibongan, SK Dalas, SK Kusikad, SK Sosop, SK Pandan Mendamai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kanibongan ditutup ekoran terjejas banjir.