22
Ahd, Jul

Patuhi Penggunaan Bunga Api Dan Mercun Di ESSZone

Sabah
Typography

LAHAD DATU - Semua pihak termasuk pengusaha pusat pelancongan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dinasihati supaya mematuhi peraturan sedia ada berkaitan pembakaran bunga api dan mercun sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, bagi sesiapa yang telah mendapat kelulusan bagi pembakaran bunga api atau mercun perlu memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis serta pos-pos kawalan keselamatan berhampiran.

"Nyatakan tarikh, masa dan lokasi penggunaan bunga api atau mercun terbabit," katanya.

"Nasihat itu bertujuan mengelak kekeliruan kepada pasukan keselamatan di pos-pos kawalan Pasukan Gerakan Am dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akibat letupan bunga api dan mercun," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

BERNAMA