26
Rab, Sep

Persatuan Nelayan Disaran Sedia Memorandum Pasang AIS

Sabah
Typography

SANDAKAN - Persatuan Nelayan di seluruh Sabah disarankan menyediakan memorandum bagi memohon subsidi kepada kerajaan untuk pemasangan Sistem Pengesanan Automatik (AIS).

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), DCP Dato’ Hazani Ghazali berkata, permohonan subsidi AIS itu amat diperlukan untuk para nelayan kerana pemasangan AIS juga perlu bagi tujuan keselamatan sekaligus memudahkan mereka memantau pergerakan nelayan ketika berada di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Saya juga akan memohon dengan kerajaan untuk mendapatkan subsidi pemasangan AIS kepada bot-bot nelayan..

“Kita semua tahu AIS ini ada sedikit mahal tapi kita mahu semua bot-bot nelayan yang ada di pantai timur Sabah memasang AIS.

“Dan sememangnya Esscom memerlukan AIS ini dipasang di bot-bot nelayan ini bagi memudahkan mereka dipantau apabila berlaku kecemasan dan sebagainya.. Tanpa AIS ini mereka akan hilang dari radar”, kata Hazani ketika ditemui media pada Majlis Pertemuan dan Dialog Esscom bersama Pengusaha Perikanan Daerah Sandakan di Dewan Pandu Puteri disini pada Ahad.

Jelasnya Hazani, Esscom berharap langkah pemasangan AIS dan VHFpada bot nelayan dapat dilakukan secara berterusan bagi memudahkan pasukan keselamatan membuat pemantauan dengan lebih baik, terancang dan berkesan.

“Saya harap pemilik bot nelayan yang belum memasang peralatan berkenaan segera berbuat demikian demi keselamatan mereka,” katanya.

Ujarnya, ini kerana daripada 185 bot nelayan di daerah ini hanya 33 buah sahaja yang telah memasang AIS dan 69 buah lagi memasang IVMS (In Vehicle Monitoring System).

“Untuk di Sandakan daripada 185 bot nelayan yang ada hanya 33 saja pasang AIS dan 69 pasang VHF dan bayangkan berapa lagi tidak pasang.

“Kita tahu terdapat nelayan yanh masuk sempadan perairan jiran.. Jadi kalau boleh janganlah masuk sana kerana nanti timbul apa-apa hal sudah tentu banyak pihak turut terlibat dan susah”, katanya lagi

Mengulas mengenai sesi pertemuan dan dialog Esscom bersama pengusaha perikanan di daerah ini, jelasnya semuanya berjalan lancar dan setiap isu aduan yang diajukan oleh nelayan diterima baik.

Tambahnya lagi, aduan-aduan yg diajukan akan diteliti dan disiasat serta diambil tindakan dan juga pendekatan. Selain itu, katanya dari segi integriti dan keselamatan, beliau akan meneliti semua dan akan disampikan kepada semua pihak khususnya pasukan keselamatan.

Sementara itu, beliau menyeru agar nelayan memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dalam menyalurkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti terlarang yang berlaku di mana-mana sahaja terutama di kawasan perairan.

“Apa yang penting saya minta rakyat jadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan kerana mereka ini di laut mereka iaitu berada di barisan hadapan untul menyalurkan maklumat secepat mungkin kepada kami agar kami boleh bertindak lebih cepat,” katanya lagi

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, Naib Presiden Parti Demoktratik Liberal, Major Datuk Lim Ming Hoo dan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Nelayan di Sandakan serta nelayan-nelayan.

NEW SABAH TIMES