26
Rab, Sep

Tunai Hak MA63, Atau Saya Keluar UMNO – Anifah Aman

Sabah
Typography

Kota Kinabalu – Sejak tahun 2015, perjuangan untuk mendapatkan semula hak rakyat Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bakal membuahkan hasil. Keyakinan anak watan Sabah yang juga memegang portfolio penting Persekutuan beri jaminan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan beri hak-hak rakyat Sabah, termasuklah hak yang tidak dilaksanakan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang berjanji bahawa beliau akan mengembalikan hak-hak Sabah, termasuklah hak yang tidak dilaksanakan dalam MA63.

“Saya tidak akan tunggu walau seharipun dalam UMNO dan tidak juga menerima apa-apa jawatan menteri jika Perdana Menteri tidak tunaikan hak rakyat Sabah sebagaimana yang dijanjikannya.” Katanya.

Anifah turut menambah bahawa beliau yakin janji ini akan direalisasikan dan paling penting kita semua beri sokongan kepimpinan kepada beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Datuk Seri Anifah Aman, Ahli Palimen Kimanis pernah mengutarakan kepada pemimpin secara individu yang pernah menjawat jawatan menteri untuk mengajukan tuntutan MA63 melalui memorandum namun usul ini tidak mendapat sambutan.

“Tidak ada (sesiapa) yang mahu ke depan bersama saya, oleh itu saya berbincang dengan pemimpin lain yang ingin berjuang secara ikhlas untuk kepentingan Sabah hendaklah bersama-sama membawa satu memorandum kepada Perdana Menteri.

“Saya bersyukur dia (Datuk Seri Najib) terima memorandum ini dan berjanji akan menunaikannya.” katanya.

Anifah turut berkata bahawa tindakan ini adalah mengikut saluran yang betul tanpa mewujudkan sebarang persepsi negatif kerana Perdana Menteri adalah seorang yang prihatin dan amat memahami kehendak rakyat khususnya hak serta kepentingan di negeri ini (Sabah).