19
Rab, Dis

Usah Pertikaikan Kejujuran dan Komitmen Anggota ATM dan Pemimpin Sabah Dalam Isu Keselamatan – Hishammuddin

Sabah
Typography

Kota Kinabalu : Tiada istilah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai sikap pasang surut dalam soal keselamatan negara. Sikap komitmen dan kejujuran dalam laksanakan tugas adalah tuntutan utama sebagai pemimpin mahupun anggota keselamatan negara.

“Komitmen dan kejujuran anggota keselamatan, khususnya anggota Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK), Sepanggar hendaklah selari dengan kepimpinan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

“Hubungan ini tidak boleh dipertikaikan kerana mereka punya agenda yang sama untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah.’ katanya kepada media ketika hadir dalam program ‘Jelajah Perkasa Perwira’ di PTKK di Sepanggar baru-baru ini.

Hishammuddin turut berharap agar pengorbanan di kalangan anggota keselamatan dihargai oleh rakyat Sabah.

“Bagi memastikan keselamatan rakyat Sabah, anggota ATM sentiasa siapsiaga sebagaimana yang kita harapkan.

“Kita bersedia untuk memastikan setiap agenda seperti kesihatan, perubatan, pendidikan, latihan, perumahan dan kebajikan anggota dicapai. Bagaimanapun saya berharap apa yang dilakukan bukan sahaja dihargai oleh anggota-anggota ATM tetapi pengorbanan mereka turut dihargai rakyat Sabah.” katanya.

Sementara itu, Pangkalan Bakat ATM di Sepanggar telah menerima RM10,000 untuk menaik taraf Jambatan Gentisan yang dijangka siap pada Oktober tahun ini. Selain 20 anggota KD Selangor menerima replika kunci untuk rumah-rumah baharu diikuti 14 kanak-kanak anggota TLDM turut diberi anugerah kerana cemerlang dalam Penilaian Tingkatan Tiga dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ketika program berlangsung.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.