18
Sab, Ogs

Kerbakaran : SK Nunuk Ragang

Sabah
Typography

RANAU - Satu blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Nunuk Ragang di sini musnah dalam kebakaran, petang tadi. 

Kejadian pada jam 4 petang itu memusnahkan pejabat pentadbiran, bilik guru, pusat penempatan buku teks, bilik teknologi maklumat serta kelas tahun satu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang dan mengerahkan sebuah jentera bersama sembilan anggota ke lokasi.

Ketika pasukan itu tiba di lokasi, bangunan sudah musnah terbakar 100 peratus. Lokasi kebakaran terletak 52 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau.

“Anggota bomba memadam api menggunakan sumber air jentera dan pili bomba dan operasi tamat pada jam 7.25 malam,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba.