21
Isn, Mei

Seminar Kecergasan Platform Pembangunan Modal Insan

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Seminar Kecergasan Ke 10 Jabatan Pertanian Sabah 2018 di  Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

Seminar Kecergasan itu disertai oleh 390 peserta melibatkan 6 Zon seluruh Sabah.

 

 

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri yakin seminar itu berfaedah untuk warga Jabatan Pertanian Sabah membentuk satu pasukan yang mantap dan bersatu padu dalam melaksanakan dan menjalankan fungsi-fungsi Jabatan.

 

“Sebagai warga Jabatan yang besar, saya pasti inilah wadah terbaik untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dalam kalangan warga Jabatan sebagai satu keluarga yang harmoni.

“Saya menyokong penuh usaha seperti ini kerana ia merupakan usaha ke arah pembangunan modal insan.  Kita semua tahu bahawa kekuatan sesuatu organisasi adalah terletak kepada modal insannya”, tegasnya.

 Katanya, pengisian seminar ini yang meliputi aspek kesihatan, motivasi diri dan bersukan adalah satu kombinasi aktiviti yang mantap untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sesebuah organisasi, sekaligus dapat mempertingkatkan lagi produktiviti, inovatif, keupayaan dan jati diri dalam suasana kerja sekarang yang semakin mencabar.

 Yahya menegaskan faktor kesihatan merupakan elemen yang sangat penting dan harus diberi perhatian oleh setiap individu dan juga organisasi.

 “Ia harus dijaga dengan baik agar elemen-elemen lain dalam program pembangunan modal insan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai kecemerlangannya dari semasa ke semasa”, tegasnya.

 Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Encik K.Zulkifli Harrith, Pengarah Pertanian Sabah, Datuk Idrus Shafie dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertanian Sabah.