23
Sel, Okt

Usaha RELA Bawa Banyak Perubahan -Musa Aman

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Keberadaan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di seluruh pelusuk negeri membawa banyak perubahan dalam konteks keselamatan dan ketenteraman.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, komitmen yang ditunjukan setiap pegawai dan anggota RELA membuktikan bahawa mereka sentiasa komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

 

“RELA telah mendapat tempat di hati masyarakat sebagai salah sebuah pasukan keselamatan yang terdiri daripada sukarelawan yang ikhlas berjuang dan berbakti demi negara dan bangsa.

“Komitmen dan dedikasi ini dapat dilihat dalam Operasi Bersepadu, Operasi Banjir dan bencana alam serta kawalan setempat yang melibatkan agensi kerajaan ataupun swasta.

“RELA kini turut bertugas bersama-sama Polis dalam penugasan rondaan cegah jenayah dan yang terbaharu RELA terlibat melaksanaakan rondaan kawalan keselamatan ESSZONE bermula Januari lalu,” ujarnya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun RELA Ke-46 Peringkat Negeri di Dewan Censelor Universiti Malaysia Sabah, hari ini .