22
Ahd, Jul

Rakyat Bijak Menilai Janji Pilihan Raya - Yahya Hussin

Sabah
Typography

Kota Kinabalu: Datuk Seri Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah menyarankan kepada rakyat Sabah agar bijak menilai setiap janji pilihan raya yang ditaburkan oleh sesebuah parti sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) ini.

“Saya berharap rakyat rajin membaca dan peka membandingkan janji yang ditaburkan sepanjang PRU14 agar tidak termakan tipu helah yang dibuat semata-mata untuk menang.

“Ini terbukti bila parti pembangkang hanya tahu berjanji bulan dan bintang tetapi gagal tunaikan apa yang dijanjikan.” katanya kepada media selepas hadiri Majlis Penyerahan Bendera Barisan Nasional (BN) dan peralatan Kempen Kawasan Putatan, semalam.

Yahya yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Putatan turut memaklumkan bahawa janji yang ditaburkan oleh pembangkang tidak sama dengan BN.

“Kita membuat janji yang boleh dilaksanakan (ditunaikan), contoh saya minta pembinaan dua buah sekolah rendah dan dua lagi sekolah menengah di kawasan Putatan, janji saya ini bakal ditunaikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Selain sekolah, saya turut berjanji untuk bina Transit Aliran Ringan (LRT) dari Kota Kinabalu ke Putatan yang pada peringkat awalnya cadangan tersebut adalah untuk membina Bas Rapid Transit (BRT), namun kita tukar cadangan tersebut kepada pembinaan LRT.” katanya kepada media.