22
Ahd, Jul

Calon Warisan Bakal Diumumkan Masa Terdekat - Jaujan

Sabah
Typography

Sandakan – Senarai calon parti Warisan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 telah selesai dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Datuk Dr. Jaujan Sambakong, Naib Presiden Parti Warisan Sabah memaklumkan bahawa senarai calon yang telah dibuat adalah calon yang berkemampuan untuk bertanding dengan calon lain.

“Senarai calon Warisan sudah dikenal pasti dan kini hanya menunggu masa untuk diumumkan oleh Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.” katanya selepas menghadiri program bersama pengundi luar bandar dan penerimaan ahli-ahli UMNO menyertai Warisan di dewan Pandu Puteri Sandakan, Sabtu lepas.

Jaujan turut berkata parti ini mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk menyertai Parti Warisan.