22
Ahd, Jul

Anggota Pertubuhan Peladang Beri Sokongan Padu BN Dalam PRU14 : Nazri

Sabah
Typography

Sandakan – Pengerusi Peladang di Sabah (PPNS), Datuk Mohd Nazri Abdullah memaklumkan anggota PPNS beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Ini adalah ikrar semua ahli Pertubuhan Peladang di Sabah kerana kami ingat jasa dan kebaikan kerajaan BN yang sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk golongan petani dan peladang.

“Tiada kerajaan lain selain BN yang telah terbukti sentiasa cari jalan sekali gus berusaha untuk meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat terutama anggota peladang.” katanya kepada media semalam.

Nazri turut memaklumkan bahawa BN adalah kerajaan satu-satunya yang mengutamakan keperluan rakyat dan mahu melihat rakyat terus bergerak maju dan nikmati kemakmuran ekonomi negara.

Nazri yang juga memegang jawatan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) turut menghargai usaha murni Kerajaan Persekutuan yang selama ini memperuntukkan RM30,000 kepada PPK dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) membabitkan dana RM7juta.

“Secara signifikan, sektor pertanian dan agromakanan telah menyumbang di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“PPNS sentiasa hargai sokongan kerajaan kepada masyarakat peladang yang saya anggap mereka (masyarakat peladang) adalah ‘wira tak didendang’ kerana merekalah yang membekal sumber makanan.” katanya.