18
Kha, Okt

155 Orang Bakal Menjadi Peniaga dan Usahawan Melalui Pakej Bantuan Mobilepreneur

Sabah
Typography

Sandakan – Seramai 155 peserta di seluruh negeri telah menerima pakej bantuan mobilepreneur yang meliputi pemberian motosikal, kotak peralatan, set peralatan kemahiran dan kursus asas keusahawanan melalui program yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Para peserta meliputi beberapa bidang antaranya  perkhidmatan otomotif, perkhidmatan penghawa dingin, perkhidmatan spa dan kecantikan, perkhidmatan jahitan, perkhidmatan gunting dan dananan rambut, perkhidmatan motosikal, perkhidmatan kimpalan, perkhidmatan komputer, perkhidmatan senggaran paip, perkhidmatan senggaraan bangunan dan perkhidmatan fotografi.

Tan Sri Musa Aman melalui ucapannya sempena Majlis Penyerahan Mobilepreneur @KKLW Negeri Sabah di bangunan Pergerakan Pemuda UMNO Parlimen Libaran berkata,

“Ini adalah usaha kerajan Barisan Nasional melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membantu golongan muda dalam memulakan perniagaan.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk beri perhatian kepada anak-anak muda dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan agar boleh berdikari dan seterusnya berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

“Kita berterima kasih kepada KKLW kerana sentiasa mempunyai idea dan usaha (ilham) untuk membantu anak-anak muda.” katanya semasa merasmikan program ini semalam.

Musa turut menekankan bahawa kerajaan sentiasa menyokong segala usaha atau sebarang inisiatif yang baik di kalangan anak-anak muda. Dan beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat diperbanyakkan dengan kepelbagaian idea untuk terus membantu golongan ini.

Turut hadir pada program tersebut, Ketua Setiausaha KKLW datuk BVorhan Dolah, Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Malaysia Haji Jamal Nasir Othman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran datuk Juslie Ajirol dan Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.