22
Ahd, Jul

BN Tidak Sesekali Pinggir Keperluan Rakyat Pedalaman Sabah – Ronald Kiandee

Sabah
Typography

Beluran – Kerajaan Barisan Nasional sentiasa melihat keperluan dan pembangunan masyarakat khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan sepanjang tempoh lima tahun beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Beluran, kawasan ini telah menerima peruntukan sebanyak RM11.49 juta (2013-2018).

“Jumlah peruntukan tersebut adalah untuk membina rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau dan gereja di seluruh kawasan Parlimen Beluran.

“Peruntukan seumpama ini adalah bukti bahawa kerajaan BN sentiasa menyentuh denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi untuk terus kekalkan tahap sokongan rakyat kepada BN. Selain itu, saya turut berharap agar majoriti yang sebelum ini (Pilihan Raya Umum ke13- PRU13) yang saya perolehi sebanyak 9,988 dapat ditingkatkan pada PRU14 kelak.”katanya kepada media selepas menghadiri program Penyerahan Dana Pembinaan Gereka Anglikan St David, di Telupid semalam.

Ronald turut mengingatkan kepada rakyat Sabah khususnya pengundi di Parlimen Beluran agar tidak sesekali termakan gula-gula (janji) pilihan raya pembangkang yang diumpamakan seperti gula pada PRU14.

“Kita ingin juga melihat berlakunya penurunan undi pembangkang yang dulu menerima 3 ribu undi (PRU13) turun kepada 1 ribu undi sahaja pada PRU14 kelak.” katanya.