23
Isn, Apr

Jual Yayasan Sabah..Shafie Terlibat?

Sabah
Typography

 

 

Kota Kinabalu: Datuk Ainal Fattah, Ketua Cawangan Pulau Bum-Bum cabar Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal jelaskan apakah peranan (Shafie) dalam satu konspirasi kononnya cuba jual ekuiti anak syarikat di bawah Yayasan Sabah 20 tahun yang lalu.

“Warisan minta rakyat Sabah undi parti ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang mana Shafie akan menjadi Ketua Menteri bela nasib rakyat Sabah.

“Rakyat Sabah perlu tahu apa yang berlaku terhadap Yayasan Sabah 20 tahun yang lalu, bagaimana Tan Sri Musa Aman ketika itu telah membuat laporan polis terhadapnya (Shafie) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk memberhentikan satu rundingan terhadap isu penjualan saham dan ekuiti milik beberapa buah anak syarikat di bawah Yayasan Sabah , selain satu lagi saman berjumlah RM184 juta”. katanya kepada media semalam.

Ainal turut mempersoalkan beberapa persoalan yang masih gagal dijawab (berdiam diri)  oleh Shafie hingga hari ini antaranya, bagaimana sebuah syarikat tersenarai awam boleh dikaitkan dengan penjualan saham serta ekuiti Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) yang merupakan anak syarikat Yayasan Sabah.

“Shafie mesti tahu sebagai Pengerusi firma tersenarai awam jika berlaku pembelian saham dan ekuiti ia sangat jelas ada pihak yang menjadi dalang bila melibatkan sebuah syarikat tersenarai awam.

“Kontroversi ini bermula apabila firma tersenarai awam itu dikatakan cuba mengawal Sabah Soft-woods Sdn Bhd (SSSB) dan Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBSB) membabitkan penjualan 60 peratus ekuiti ICSB.

“Jika ini berlaku tanpa sebarang bantahan, seluas 150,000 ekar tanah milik (kawalan) SSSB dan RBSB milik Yayasan Sabah terpaksa dilepaskan kepada individu-individu tertentu kemudian jika berlaku pengambilalihan RBSB akan menyerahkan pula 247,000 ekar konsesi balaknya kepada firma tersenarai awam.” katanya.

Ainal secara tegas memaklumkan bahawa rundingan 20 tahun lepas merupakan rundingan yang berniat jahat yang sekali gus membelakangi kepentingan hak-hak rakyat Sabah merupakan pewaris Yayasan Sabah.

“Nasib baik rundingan ini dapat dihalang oleh Tan Sri Musa Aman yang ketika itu hanyalah ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Sabah.” katanya lagi.