23
Isn, Apr

1 Julai – Sandakan Akan Jadi Bandaraya

Sabah
Typography

Kota Kinabalu – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan dinaiktaraf menjadai Majlis Bandaraya Sandakan pada 1 julai ini, kata Menteri Kerajaan tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Selepas dinaiktaraf, Presiden semasa MPS akan menjadi dikenali sebagai Datuk Bandar (Mayor).

“Kabinet Negeri telah putuskan untuk panggil ia sebagai Majlis Bandaraya Sandakan kerana ia berbeza dengan dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Hajiji turut memaklumkan bahawa hanya ada satu Dewan Bandaraya dalam sebuah negeri, contohnya Dewan Bandaraya Kuching dan Majlis Bandaraya Miri di Sarawak.

Bidang kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri manakala Majlis Bandaraya Sandaka adalah di bawah Kementerian Kerajaan tempatan dan Perumahan.

“Ada keperluan yang tertentu yang meletakkan sesebuah majlis perbandaran dinaik taraf menjadi sebuah majlis bandaraya dan Sandakan telah penuhi semua keperluan tersebut.

“Dengan naiktaraf tersebut, pihak berkuasa tempatan itu juga mesti meningkatkan penyampaian perkhidmatan mereka kepada rakyat’, katanya kepada media pada Ahad lepas.

Sementara itu Majlis Daerah Tongod telah mula beroperasi pada 1 Januari 2018 dan kerajaan turut meluluskan Majlis Daerah Telupid sebagai kerajaan tempatan ke-26 di negeri ini.

‘Saya berharap Majlis Daerah Telupid akan mula beroperasi menjelang penghujung tahun ini.” katanya.