24
Kha, Mei

BN Yakin tawan Semula Sandakan

Sabah
Typography

Sandakan – Barisan Nasional (BN) yakin akan dapat menawan semula kerusi Sandakan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersandarkan kepada rekod pelaksanaan pelbagai program bersama masyarakat setempat (turun padang) selama ini.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Lim Ming Hoo berkata sejak PRU13 lagi parti telah beri tumpuan dan komitmen secara konsisten di kawasan ini dengan peruntukan yang diberi oleh LDP negeri.

Usaha ini turut dilihat bila parti memperkukuhkan kepimpinan di Sandakan melalui lantikan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su sebagai Pengerusi Penyelaras BN Sandakan pada tahun 2015.

“Kini sudah sampai masanya untuk meneruskan perjuangan merampas semula kerusi Parlimen Sandakan daripada pembangkang,” katanya kepada media.

“Semua parti komponen BN di Sandakan bekerjsama antara satu dengan lain selain hubungan yang akrab dan siapa sahaja yang menjadi calon BN pada PRU14 akan terus diberi sokongan.

“Senarai calon yang sesuai telah diserahkan kepada pucuk pimpinan LDP dan BN. Siapa sahaja menjadi calon kita hormati dan sokong sepenuhnya.

“Semua komponen BN Sandakan telah sepakat untuk hormati keputusan pucuk pimpinan kerana paling penting adalah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sandakan.

“Maklum balas yang kita perolehi daripada pengundi Tionghua dan Bumiputera, sokongan mereka semakin meningkat dan tunjukkan rasa kecewa terhadap DAP kerana gagal laksanakan janji pada PRU13.” katanya.