23
Isn, Apr

Warisan Boneka Parti Semenanjung?

Sabah
Typography

Kota Kinabalu – Setiausaha Penganjur Parti Liberal Demokratik (LDP) menyelar tindakan Junz Wong, Naib Presiden Parti warisan Sabah yang sewajarnya tidak berhak menghakimi ahli politik di Sabah jika sendiri (Warisan) bersekongkol dengan “orang jahat” (Pakatan Harapan).

“Rakyat Sabah sedia maklum bahawa Mahathir sentiasa dilabelkan sebagai ‘orang jahat’ oleh pembangkang (parti tempatan) dan seorang diktator. Tetapi nampak sangat Warisan tidak sabar untuk bawa semula Mahathir.

“Kita perlu ingat ‘orang jahat’ ini juga adalah ahli politik yang teruk kerana banyak kerosakan yang boleh memusnahkan sistem dan dia (Mahathir) juga adalah individu yang menyebabkan Sabah derita daripada ‘Projek IC’.” katanya kepada media.

Chong turut menekankan bahawa Warisan sepatutnya bersaing dalam semua kerusi parlimen dan negeri di Sabah tetapi disebabkan kurang yakin hingga sanggup menjadi boneka kepada sebuat parti pembangkang yang berpengkalan di Semenanjung (Pakatan Harapan - PH).

“Pada 19 februari 2014, dalam kenyataan media Junz pernah mempersalahkan Mahathir sebagai dalang disebalik Projek IC dan isu pendatang tanpa izin di Sabah sekali gus meminta Mahathir mohon maaf kepada rakyat Sabah.

“Adakah Junz sudah lupa dengan kata-katanya atau dia sudah lupa kenyataan tersebut selepas menyertai Warisan dan membuat perjanjian dengan PH”.

“Pernah satu ketika Junz juga mengutuk Presiden LDP, Datuk Seri Teo Chee Kang yang bekerja keras untuk mendapatkan hak-hak Sabah tetapi masa yang sama bertindak seakan dia seorang yang baik.

“Jadi mengapa beri komen yang tidak bertanggungjawab dan hakimi ahli politik lain untuk tunjukkan diri lebih baik daripada orang lain.” katanya.

Chong begitu yakin bahawa rakyat Sabah akan memilih ahli politik yang baik dan ikhlas dalam perjuangan demi membela nasib rakyat.