18
Kha, Okt

‘Abang Man’ Mesra Rakyat Dan Mudah Dampingi Golongan Muda

Sabah
Typography

Labuan – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli rasa gembira bila dipanggil sebagai Abang Man.

“Saya rasa seronok dipanggil sebagai ‘Abang Man’ kerana ia menampakkan saya lebih muda dan paling utama gelaran itu mengeratkan lagi hubungan baik saya dengan rakyat khususnya golongan muda.” katanya selepas merasmikan program Santai Bersama Abang Man anjuran Umno Cawangan Kampung Tanjung Aru dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) dan Persatuan Kelab belia Tanjung Aru (Kataru) di Kampung Tanjung Aru, Sabtu lepas.

Rozman juga adalah penyandang kerusi BN bagi Parlimen Labuan memaklumkan kepada media jolokan itu merupakan cetusan idea daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

“Pelbagai usaha dan program telah diadakan untuk tingkatkan majoriti undi BN pada pilihan raya umum ke14 (PRU14) seperti yang telah disasarkan oleh pucuk pimpinan parti.

“Kita perlu pastikan majoriti calon BN di Parlimen Labuan kali ini akan terus meningkat berbanding PRU13 bagi memastikan mandat BN kali ini semakin kuat dan kuku untuk terus memerintah negara.

 

“Kita juga berharap jika kelulusan pembinaan jambatan Labuan-Menombok dapat direalisasikan ia akan beri impak besar kepada pembangunan di sini.” katanya.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.