15
Rab, Ogs

Jumat Pemimpin Tulen dan Sejati - Salleh Keruak

Sabah
Typography

Kota Kinabalu - Ikrar taatsetia dan terus berjuang demi kelangsungan perjuangan Barisan Nasional (BN) telah dibuktikan melalui tindakan Datuk Jumat Idris, penyandang kerusi Parlimen Sepanggar.

Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan Datuk Jumat Idris, bekas Ketua Bahagian Sepanggar adalah bukti pemimpin yang baik dan setia di dalam BN.

“Saya sifatkan beliau adalah seorang pemimpin tulen dan sejati kerana terus bersama BN.

“Saya cukup gembira demi memastikan kemenangan kerusi Parlimen Sepanggar agar terus kekal dalam gengaman BN kita melihat beliau (Jumat) bersama-sama untuk memperjuangkannya.” katanya semasa hadir majlis dia selamat dan Kupi-kupi sempena Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) yang turut dihadiri lebih 3,000 orang penyokong di kediaman Jumat semalam.

Salleh turut berkata, bahawa satu perbincangan akan diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti UMNO berhubung proses mengembalikan semula keanggotaan Jumat dalam parti.

“Saya pernah bercakap dengan Datuk Seri Najib agar keahlian Jumat yang digantung parti UMNO perlu dilihat semula setelah melihat kesetiaannya kepada parti dan perjuangan di dalam BN.

“Datuk Seri Najib turut setuju namun penilaian tersebut bergantung kepada keputusan parti kerana ia perlu melalui beberapa prosedur parti terlebih dahulu.” katanya.

Sehubungan itu, Jumat turut menyuarakan kepada khalayak yang hadir di kediamannya agar terus berjuang demi kemenangan calon BN-UMNO di kerusi Parlimen Sepanggar.

“Mari kita lupakan segala masalah di belakang, lihat ke depan dan fokus pada PRU14, tidak peduli siapa calon dan bila parti BN sudah pilih, maka itulah pilihan kita.” katanya.

Sementara itu, calon BN kerusi Parlimen Sepanggar, Datuk Seri Abdul Rahman turut menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas keikhlasan Jumat untuk membantu beliau sepanjang kempen dan sekali gus mempertahankan kerusi ini kekal di tangan BN pada PRU14.