11
Sel, Dis

Safari Dihina Pemimpin Warisan

Sabah
Typography

Bongawan - Kurang dari 24 jam, Safari Mohd Adnan yang mengetuai ahli Parti Warisan Bongawan keluar parti terima cacian dan hinaan di kalangan pemimpin dan penyokong parti Warisan dalam media sosial.

Safari menjadi sasaran utama para pemimpin dan penyokong parti Warisan atas tindakan beliau keluar parti semalam bersama ahli-ahlinya hampir 1,000 orang.

Kata-kata cacian seakan Safari gila kuasa dan ingin menjadi calon menjadi bahan perbualan utama mereka hingga sanggup keluar parti.

Terbukti para pemimpin dan penyokong Warisan tidak dapat menerima hakikat pemergian pemimpin dan 1,000 ahli mereka hingga membelakangi seruan Presiden partinya agar lebih bersifat mesra dan elak cacian serta hinaan dalam tangani sesuatu isu.

Safari tidak sesekali membiarkan maruahnya diperkotak katikkan dalam media sosial. Tempoh tidak lebih sejam Safari turut memuat naik komen ke atas status facebook milik Sepul Sempoi (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=838075819729560&id=100005814490900)

“Itu hak saya masuk BN dan saya tidak berhutang dengan kamu ataupun Warisan.. segala pengorbanan dan kerja sudah saya lakukan.. kalau saya berhenti kerja kerana berjuang di dalam Warisan dan apa pembalasan Warisan kepada saya.. jangan kerana politik hilang pertimbangan tapi hormati hak saya seperti mana saya hormati hak kamu” katanya dengan tegas.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.