21
Rab, Nov

Manifestasi BN Laksanakan Pembinaan UTC Di Sabah Tunai Tanpa Gagal

Sabah
Typography

Keningau – Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji membina Pusat Transfoirmasi Bandar (UTC)  untuk rakyat Sabah baik di bandar mahupun di kawasan pedalaman Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata “Sejak November 2014, selepas perasmian UTC di Bandaraya Kota Kinabalu, terbukti perkhidmatan jabatan dan agensi yang terlibat sangat berkualiti dan dapat membantu mempermudahkan setiap urusan yang diperlukan oleh rakyat.

“Oleh itu, saya memohon pertimbangan kerajaan Persekutuan untuk wujudkan lagi UTC di beberapa daerah lain supaya rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut khususnya penduduk di luar bandar (pedalaman Sabah).

“Akhirnya kerajaan Barisan Nasional merealisasikan impian kita dan hari ini kita menyaksikan sendiri perasmian UTC Keningau oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, inilah tranformasi yang di bawah oleh kerajaan BN.” katanya lagi.

Teks ucapan Tan Sri Musa Aman telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Pangliman Joseph Pairin Kitangan sempena Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keningau, hari ini.

Musa turut berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah lupa akan kepentingan rakyat Sabah, khususnya di kawasan pedalaman Sabah. Idea membina UTC telah mendapat pengiktirafan oleh bank dunia sebagai satu-satunya model perkhidmatan terbaik di dunia.

“Semoga pembangunan di Sabah akan terus maju selari dengan arus pembangunan negara demi memantapkan lagi kemudahan sistem prasarana yang terus dinikmati rakyat Sabah baik di bandar mahupun di pedalaman Sabah.” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan bahawa UTC adalah idea yang sangat inovatif yang tidak ada mana-mana negara lain laksanakan sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Inilah janji Barisan Nasional dan kami akan tepati janji untuk rakyat di negara ini. Sehingga kini, Sabah mempunyai tiga UTC iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan sekarang di Keningau… akan datang UTC Sandakan.. semua ini adalah untuk rakyat Sabah dan hanya negeri ini sahaja yang mempunyai banyak UTC berbanding negeri lain.” katanya.