21
Rab, Nov

PM Naik Pesawat Edisi Khas Airasia

Sabah
Typography

KOTA KINABALU - Datuk Seri Najib Razak yang mengakhiri lawatan dua hari sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sabah hari ini, pulang ke ibu negara menaiki pesawat AirAsia tertera tema manifesto Barisan Nasional (BN) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Tema 'Hebatkan Negaraku' edisi khas itu terpampang di badan pesawat jenis Airbus A330-300 milik Air Asia.

 

Perdana Menteri yang tiba di KKIA sebaik selesai program di Kota Marudu kira-kira jam 4 petang tadi, diiringi dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin, sebelum berlepas pada jam 4.45 petang, semalam.

 

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Terdahulu, awal pagi semalam, Perdana Menteri melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keningau di pekan Keningau sebelum menghadiri majlis bersama rakyat di Beaufort dan Kota Marudu.